Kesan estrogen sebagai rawatan tunggal atau terapi adjung bagi mereka dengan skizofrenia adalah tidak jelas. Ulasan ini mendapati sangat sedikit kajian dan data yang relevan. Kebanyakan keputusan tidak menunjukkan kesan dan keputusan yang ada terlalu lemah untuk membuat kesimpulan yang kukuh. Keputusan daripada kajian yang tidak diterbitkan ditunggu-tunggu sebelum mengesyorkan lebih banyak penyelidikan dibuat.
Jika anda mendapati bukti ini membantu, sila pertimbangkan untuk menderma kepada Cochrane. Kami adalah badan amal yang menghasilkan bukti yang boleh diakses untuk membantu orang ramai membuat keputusan kesihatan dan penjagaan.
Nota terjemahan:
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.