Vaksin hepatitis B, immunoglobulin hepatitis B, dan gabungan vaksin hepatitis B dengan imunoglobulin mencegah transmisi perinatal hepatitis B

Vaksinasi hepatitis B dan immunoglobulin hepatitis B dianggap sebagai langkah pencegahan untuk bayi baru lahir oleh ibu yang positif HBsAg. Apabila semua kajian yang dikenal pasti digabungkan, vaksin hepatitis B sahaja, imunoglobulin hepatitis B sahaja, dan gabungan vaksin hepatitis B dengan imunoglobulin hepatitis B mengurangkan transmisi perinatal hepatitis B berbanding plasebo atau tanpa intervensi. Gabungan vaksin hepatitis B dan imunoglobulin hepatitis B adalah lebih baik daripada vaksin hepatitis B sahaja. Kejadian buruk jarang berlaku dan kebanyakannya tidak serius.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information