Latar belakang
Serangan jantung akut dan angina (sakit dada) teruk kebiasaannya berpunca daripada saluran arteri yang membekalkan darah ke jantung (arteri koronari) tersumbat. Masalah-masalah ini kesemuanya dikenali sebagai 'sindrom koronari akut' (ACS). ACS adalah sangat biasa berlaku dan boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi teruk termasuk kematian. Terapi oksigen hiperbarik (HBOT) melibatkan orang bernafas oksigen tulen pada tekanan tinggi dalam bekas ruang yang direka khas. Ia kadang-kadang digunakan sebagai rawatan untuk meningkatkan bekalan oksigen kepada jantung yang rosak dalam usaha untuk mengurangkan kawasan jantung yang berisiko untuk mati.
Kami mencari penulisan perubatan bagi sebarang kajian yang melaporkan hasil pesakit ACS apabila dirawat dengan HBOT.
Kajian-kajian yang dijumpai
Pada mulanya kami mencari penulisan pada 2014 dan yang terkini dalam September 2014, menjumpai 6 kajian kesemuanya. Kesemua kajian melibatkan pesakit serangan jantung dan juga ada juga yang melibatkan pesakit-pesakit dengan angina yang teruk. Dos oksigen hiperbarik adalah sama dalam semua kajian.
keputusan-keputusan utama
Secara amnya, kami menjumpai bukti bahawa pesakit ACS berkemungkinan rendah untuk mati atau mempunyai kesan teruk, dan sembuh dengan cepat daripada sakit sekiranya menerima terapi oksigen hiperbarik sebagai sebahagian daripada rawatan mereka. Walau bagaimanapun, kesimpulan-kesimpulan kami adalah berdasarkan bilangan kajian rawak yang sedikit secara relatif. Keyakinan kami terhadap penemuan-penemuan ini semakin berkurangan disebabkan dalam kebanyakan kajian ini kedua-dua pesakit dan penyelidik mengetahui siapa yang menerima HBOT dan ada kemungkinan 'kesan plasebo' menyebabkan keputusan berat sebelah kepada HBOT. Secara keseluruhannya, HBOT dapat diterima dengan baik. Sebahgian pesakit mengadu klostrofobia apabila dirawat dalam ruang kecil (seorang) dan tidak terdapat bukti keracunan penting bernafas menggunakan oksigen dalam sebarang subjek. Seorang individu mengalami kerosakan gegendang telinga daripada tekanan.
Kesimpulan
Walaupun HBOT mungkin mengurangkan risiko kematian, masa untuk hilang sakit dan kemungkinan kesan-kesan teruk dalam orang yang mengalami sakit jantung dan angina tidak stabil, lebih banyak kerja diperlukan untuk memastikan HBOT boleh disarankan.
Diterjemahkan olehTuan Hairulnizam Tuan Kamauzamani (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi hairulnizam@usm.my.