Urutan sakit leher

Mesej utama

Uasan ini menunjukkan bahawa dalam tempoh subakut (jangka sederhana) atau sakit leher yang berterusan, dalam masa hampir 12 minggu susulan, urutan dibandingkan urutan 'palsu' mungkin menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan terhadap kesakitan, ketidakupayaan fungsi, kualiti hidup dan kejayaan rawatan yang dilaporkan oleh peserta. Kesan sampingan termasuk kesakitan pada tempat rawatan .

Latar belakang

Sakit leher adalah keadaan yang biasa berlaku di kalangan orang dewasa sama ada secara akut (<4 minggu), subakut (4 hingga 12 minggu) atau sakit leher berterusan (>12 minggu), kehilangan upaya atau kos ekonomi yang besar. Penyakit ini boleh menyebabkan sakit kepala yang berpunca dari leher, penularan sakit ke bahagian atas belakang dan lengan, dan tanda-tanda kelemahan atau kebas pada lengan. Sakit leher ini ini boleh disebabkan oleh tulang, sendi, otot, ligamen, tendon dan saraf, dan juga boleh dipengaruhi oleh faktor sosial, psikologi dan peribadi.

Terapi urutan melibatkan pergerakan tisu lembut badan melalui sentuhan manual untuk mengurangkan kesakitan dan ketegangan otot, dan menggalakkan relaksasi. Disebabkan terapi urutan ini sering digunakan, murah dan mempunyai kesan sampingan yang minimum. Terapi ini sangat menarik minat individu dengan sakit leher.

Apakah yang kami ingin ketahui?

Apakah faedah dan risiko urutan untuk merawat sakit leher akut, subakut dan kronik yang berterusan pada individu dewasa dengan atau tanpa sakit lengan dan sakit kepala atau dikaitkan dengan kecederaan lecut/piat (whiplash)? Adakah dos (kekerapan seminggu, jumlah bilangan minggu, durasi sesi) urutan mempengaruhi penemuan?

Apakah yang kami temui?

Kami menemui 33 kajian yang melibatkan 1994 peserta yang mengalami subakut dan sakit leher sederhana hingga sangat kuat secara berterusan dan termasuklah sakit lengan (6%), lecut/piat (whiplas) (3%) atau sakit kepala yang berpunca dari leher (9%). Tiada kajian yang meneliti sakit leher akut . Kajian melibetakan individu dewasa berumur 18 hingga 70 tahun, kebanyakannya adalah perempuan (70%). Kajian telah dijalankan di klinik pesakit luar di Asia, Amerika, Afrika, Eropah dan Timur Tengah. Pembiayaan, yang dilaporkan (dalam 15% kajian), adalah daripada pusat penyelidikan atau universiti. Kami menyertakan kajian yang menilai banyak teknik urutan (dengan mampatan iskemia, tekanan berterusan ke atas tisu lembut , sebagai teknik yang paling biasa) yang berbeza-beza mengikut cara sentuhan digunakan, jumlah tekanan dan keamatan yang digunakan, dan kekerapan sesi urutan. Kami tidak memasukkan teknik yang menggunakan alat urut untuk memberikan rawatan atau teknik tenaga tanpa sentuhan.

Perbandingan dengan rawatan urutan 'palsu' , teknik urutan yang di kaji mungkin menghasilkan sedikit atau tiada perbezaan dalam perkara berikut:

Sakit (3% penambahbaikan): Individu yang dilakukan urutan 'palsu' menilai sakit mereka pada 20.55 mata manakala individu yang telah dilakukan urutan menilai sakit selepas rawatan mereka sebagai 17.12 mata. Mereka yang menggunakan urutan menilai sakit mereka bertambah baik sebanyak 3.43 mata (8.16 lebih baik kepada 1.29 lebih teruk) pada skala 0 sehingga 100 mata , di mana skor yang lebih rendah bermakna kurang sakit.

Ketidakupayaan fungsi (10% penambahbaikan): Orang yang melakukan urutan 'palsu' menilai ketidakupayaan fungsi mereka pada 30.9 mata. Orang yang menjalani urut menilai ketidakupayaan fungsi selepas rawatan mereka sebagai 21.21 mata. Mereka yang menggunakan urutan, bertambah baik sebanyak 9.69 mata (17.57 lebih baik kepada 1.81 lebih baik) pada skala 0 hingga 100 mata , di mana skor yang lebih rendah yang membawa maksud ketidakupayaan fungsi yang lebih baik.

Kejayaan rawatan yang dilaporkan oleh peserta (11% penambahbaikan): Mereka yang melakukan urutan 'palsu' menilai kejayaan rawatan mereka yang dilaporkan sendiri pada 3.1 mata. Mereka yang menjalani rawatan urut menilai kejayaan selepas rawatan mereka sebagai 2.3 mata. Mereka yang menggunakan urutan, bertambah baik sebanyak 0.80 mata (1.39 lebih baik kepada 0.21 lebih baik) pada skala 1 hingga 7, di mana skor yang lebih rendah membawa maksud lebih banyak kejayaan rawatan yang dilaporkan sendiri.

Kualiti hidup yang berkaitan dengan kesihatan (5% penambahbaikan): Mereka yang melakukan urutan 'palsu' menilai kualiti hidup mereka pada 43.2 mata. Mereka yang telah melakukan urutan menilai kualiti hidup mereka selepas rawatan sebagai 48.5 mata. Mereka yang menggunakan urutan bertambah baik sebanyak 5.30 mata (8.24 lebih baik kepada 2.36 lebih baik) pada skala 0 hingga 100 mata, di mana skor yang lebih tinggi bermaksud kualiti hidup yang lebih baik.

Kepuasan pesakit dan kesan sampingan yang serius - hasil ini tidak dilaporkan.

Kesan sampingan kecil - Kesan sampingan kecil (tidak diingini atau memudaratkan ) dilaporkan secara kurang baik, sama seperti urutan palsu dan bersama dengan kesan sementara yang kecil seperti sakit ringan selepas urutan.

Apakah batasan bukti?

Kami mempunyai sedikit keyakinan terhadap penemuan kami bahawa urutan memberikan sedikit atau tiada manfaat dari segi sakit, ketidakupayaan fungsi, kualiti hidup dan kejayaan rawatan yang dilaporkan oleh peserta dibandingkan dengan urutan 'palsu', kerana ada kemungkinan peserta dalam kajian itu sedar tentang rawatan yang mereka terima. Kami percaya bahawa bias ini boleh membawa kepada terlebih atau terkurang saiz kesan yang dilaporkan. Kejadian kesan sampingan jarang dilaporkan. Bilangan peserta dalam kebanyakan kajian adalah sedikit. Perancangan kajian yang berfokus dengan bilangan peserta yang lebih ramai, dos urutan yang mencukupi dan kawalan untuk bias dalam kajian diperlukan.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Kami telah mencari pangkalan data sehingga 1 Oktober 2023.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Muhammad Amirul Iman bin Ahmad RIzal. Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia).

Tools
Information