Herba Cina bersama perubatan Barat untuk merawat sindrom respiratori akut teruk (SARS)

Sindrom respiratori akut teruk (SARS) adalah sejenis penyakit respiratori akut dengan simptom seperti influenza (seperti selsema) yang muncul pertama kali pada 2002. . SARS merebak dengan profresif, akut, penyakit respiratori yang diperolehi dari komuniti dan merebak kepada semua sentuhan. Integrasi perubatan Cina dan Barat memain peranan penting dalam rawatan SARS dan ulasan ini menilai keberkesanan dan keselamatan pendekatan rawatan integrasi ini. Di antara 5327 kes yang disahkan, 3104 pesakit menerima perubatan tradisional Cina . Kami mengkaji peranan herba Cina dalam merawat SARS untuk menawarkan kaedah yang berkesan untuk rawatan SARS.

Kami mengenalpasti 12 kajian rawak terkawal (RCT) dan satu kajian kuas-RCT melibatkan 640 pesakit SARS. Bukti klinikal menunjukkan integrasi perubatan Barat dan Cina tidak mengurangkan kadar mortaliti. Ada kemungkinan kombinasi pelbagai herba Cina dengan perubatan Barat mampu memperbaiki simptom, kualiti hidup, penyerapan penyusupan pulmonari dan mengurangkan dos kortikosteroid. Tiada peristiwa buruk yang serius dikenalpasti. Bukti adalah lemah kerana kajian-kajian yang disertakan kurang berkualiti.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Muhammad Zaki Hilmi Bin Zainal Abidin (Kementerian Kesihatan Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi muhammadzakihilmi@gmail.com

Tools
Information