Penggunaan natrium bikarbonat untuk merawat keracunan racun makhluk perosak organofosforus

Ramai orang, terutamanya di negara-negara membangun, mengalami keracunan makhluk perosak organofosforus (OPs) yang digunakan dalam pertanian atau untuk membunuh serangga-serangga di rumah. Keracunan mungkin berlaku secara disengajakan ataupun tidak. Walaupun antidot yang biasa telah diberikan, 10 hingga 20% yang mengalami keracunan akan mati. Penyelidikan dengan haiwan mencadangkan penggunaan natrium bikarbonat (serbuk penaik) atau sebarang bahan kimia yang menjadikan darah beralkali berkemungkinan dapat menyelamatkan orang-orang yang mengalami keracunan OPs.

Para pengarang ulasan mencari kajian yang mana bahan kimia sedemikian telah diberikan kepada pesakit yang mengalami keracunan OP, untuk melihat keberkesanan rawatan itu. Mereka mencari kajian terkawal secara rawak, sejenis kajian penyelidikan di mana satu kumpulan pesakit diberikan sejenis rawatan, manakala kumpulan yang sama (kumpulan kawalan) diberikan sejenis rawatan lain.

Para pengarang menjumpai lapan kajian tetapi hanya dua kajian terkawal secara rawak yang bersaiz kecil, satu menggunakan dos natrium karbonat yang lebih tinggi dan satu lagi dengan dos yang lebih rendah. Hanya kajian yang menggunakan dos natrium karbonat yang lebih tinggi, yang melibatkan 53 peserta, telah menunjukkan sedikit faedah dari penggunaan natrium karbonat bersama dengan rawatan standard untuk keracunan OP. Kajian tidak memberikan bukti yang mencukupi untuk mengesyorkan natrium karbonat bagi penggunaan klinikal rutin. Terdapat ratusan jenis OPs yang berbeza jadi rawatan mungkin berbeza berdasarkan jenis keracunan dan juga tahap keseriusan keracunan. Lebih banyak penyelidikan perlu dibuat bagi menentukan rawatan terbaik bagi keracunan OPs dalam pelbagai situasi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information