Ulangan pembedahan caesarean elektif berbanding induksi bersalin bagi wanita yang pernah bersalin secara caesarean

Apakah isunya?

Apabila doktor percaya bahawa intervensi diperlukan dalam kehamilan, yang manakah merupakan pilihan lebih baik untuk wanita hamil yang pernah menjalani satu atau lebih kelahiran secara caesarean sebelumnya - pembedahan caesarean yang dirancang (sebuah 'pembedahan caesarean elektif berulang') atau induksi kelahiran yang dirancang?

Mengapakah ini penting?

Risiko dan faedah diketahui berlaku dengan pembedahan caesarean elektif berulang dan dengan induksi persalinan yang dirancang. Walau bagaimanapun, kami tidak tahu sama ada bukti menunjukkan bahawa kami boleh mengharapkan hasil yang lebih baik dengan satu bentuk penjagaan berbanding yang lain. Kajian yang dilakukan setakat ini mempunyai potensi yang kuat untuk berat sebelah, yang bermaksud bahawa keputusan mungkin tidak boleh dipercayai.

Apakah bukti yang telah kami temui?

Kami mencari kajian rawak yang membandingkan hasil pada ibu dan bayi apabila pembedahan caesarean ulangan elektif dirancang dan apabila induksi persalinan dirancang. Kami tidak menemui sebarang kajian jenis ini.

Apakah maksudnya?

Pengasuh dan wanita yang berdepan dengan membuat keputusan mengenai proses bersalin dan kelahiran selepas pembedahan caesarean sebelumnya tidak boleh dimaklumkan oleh bukti kajian rawak. Seorang wanita harus berbincang dengan penjaganya tentang faedah dan risiko kedua-dua tindakan. Dia dan penjaganya harus membuat keputusan bersama untuk tindakan yang berdasarkan kehendak dan keutamaan wanita itu.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi lcochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information