Penyelidikan yang boleh dipercayai tentang faedah dan kemudaratan rawatan untuk malaria pada wanita mengandung adalah terhad

Wanita lebih terdedah kepada malaria semasa mengandung, dan malaria mungkin mempunyai kesan berbahaya kepada bayi. Pilihan rawatan menjadi lebih terhad kerana parasit malaria sedang membina daya tahan terhadap ubat sedia ada dan menyebabkan kebimbangan sama ada ubat boleh membahayakan bayi. Bukti daripada kajian rawak terkawal adalah terhad, dengan beberapa ubat dan gabungan ubat sedang dinilai.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rsciucd.edu.my

Tools
Information