Herba perubatan Cina untuk merawat kesan sampingan kemoterapi dalam kalangan pesakit kanser payudara.

Herba perubatan Cina (CMH) termasuk apa-apa campuran sebatian herba dan air rebusan (proses di mana herba direbus dan air rebusan digunakan untuk tujuan kesihatan), termasuk penghasilan formula herba, suntikan dan kapsul. Walaupun CMH digunakan untuk mengatasi kesan sampingan kemoterapi (rawatan kanser menggunakan agen kimia yang memusnahkan sel dan tisu kanser secara pemusnahan selektif) dalam kalangan pesakit kanser yang menerima rawatan, bukti penggunaan mereka kepada wanita dengan kanser payu dara masih kurang jelas. Tujuan ulasan sistematik adalah untuk menilai keberkesanan dan keselamatan CMH dalam menangani kesan jangka pendek kemoterapi dalam kalangan wanita yang mengambil kemoterapi atau baru-baru ini menjalani rawatan kemoterapi. Kesan sampingan jangka pendek adalah yang berlaku semasa rawatan dan biasanya sembuh dalam tempoh beberapa bulan selepas terapi selesai dan menjejaskan sehingga 60% pesakit. Ia termasuklah loya dan muntah, mukositis (inflamasi pada lapisan membran mukus pada trek digestif yang bermula dari mulut sehingga ke dubur disebabkan oleh kemoterapi), neutropenia (penurunan sel darah putih disebabkan kemoterapi), myelosupresi (keadaan di mana aktiviti sumsum tulang menurun, mengakibatkan sel darah merah, darah putih dan platelet lebih rendah), keletihan (kehilangan tenaga dan rasa tidak larat). Ulasan ini menemui tujuh kajian rawak yang melibatkan 542 pesakit kanser payu dara yang menangani masalah ini. Kajian ini menggunakan enam ubat herba yang berbeza untuk merawat kesan sampingan kemoterapi, kesemuanya menggunakan kombinasi CMH dan kemoterapi sebagai intervensi perbandingan bagi kemoterapi sahaja. Keputusan menunjukkan bahawa penggunaan herba Cina bersama kemoterapi atau CHM sahaja boleh memberi manfaat dari segi peningkatan penindasan sum sum tulang dan sistem imun, dan boleh meningkatkan status kualiti hidup secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, percubaan selanjutnya diperlukan sebelum kesan TCM penghidap kanser payu dara dinilai dengan penuh yakin.Tidak ada bukti kemudaratan CMH.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nik Hazlina Nik Hussain (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi hazlinakck@usm.my .

Tools
Information