Senaman untuk menambahbaik keseimbangan dalam golongan tua

Keseimbangan adalah keupayaan berada dalam keadaan tegak dan mantap apabila tidak bergerak, seperti berdiri atau duduk, ataupun ketika bergerak. Hilang upaya daya keseimbangan mungkin dapat dikaitkan dengan risiko tinggi untuk jatuh, kebergantungan yang lebih, penyakit dan kadang-kala kematian awal. Walau bagaimanapun, tidak jelas jenis senaman terbaik yang dapat meningkatkan daya keseimbangan dalam golongan tua (berumur 60 tahun dan ke atas) yang tinggal di rumah ataupun rumah jagaan.

Ulasan yang telah dikemaskini ini merangkumi 94 (sebanyak 62 adalah yang baru) kajian rawak terkawal melibatkan 9821 peserta. Kebanyakan peserta adalah wanita yang tinggal di rumah masing-masing. Setengah kajian melibatkan peserta yang lemah yang tinggal di hospital ataupun rumah jagaan.

Banyak daripada kajian mempunyai kelemahan ataupun penjelasan kaedah yang tidak jelas. Ini bermakna penemuan kajian tersebut berkemungkinan berat sebelah. Kebanyakan kajian hanya melaporkan hasil penemuan pada akhir program senaman. Dengan itu mereka tidak memeriksa jika terdapat kesan-kesan jangka panjang.

Kami memilih untuk melaporkan langkah-langkah berkaitan keseimbangan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti-aktiviti harian seperti masa yang diambil untuk berdiri, berjalan tiga meter, pusing dan kembali duduk (Ujian Bangkit & Jalan); keupayaan untuk berdiri atas satu kaki (keperluan untuk berjalan dengan selamat dalam keadaan terang dan gelap), kelajuan berjalan (keseimbangan yang lebih baik membolehkan berjalan dengan lebih cepat), dan aktiviti-aktiviti di dalam kehidupan seharian (Skala Berg Balance, yang mempunyai 14 item. Berikut adalah hasil penting yang kami perolehi.Terdapt lapan kategori program senaman. Ini tersenarai di bawah dan bersama dengan langkah-langkah berkaitan keseimbangan di mana terdapat beberapa bukti kesan positif (signifikan secara statistik) daripada jenis senaman yang spesifik di akhir program senaman. Sesetengah kajian mengkaji lebih dari satu jenis senaman. Ianya penting untuk diberi perhatian bahawa bukti bagi setiap hasil pada amnya diperolehi daripada hanya beberapa kajian bagi setiap kategori senaman.1. Tugasan yang melibatkan gaya berjalan, keseimbangan, koordinasi dan fungsi (dari 19 kajian, 10 menunjukkan data untuk satu atau lebih hasil utama). Kesan positif senaman dapat dilihat bagi Ujian Bangkit dan Jalan, kelajuan berjalan, dan Skala Berg Balance. 2. Senaman penguatan (termasuk latihan rentangan atau dayakuasa) (dari 21 kajian, 11 menghasilkan data untuk satu atau lebih hasil utama). Kesan positif dilihat bagi Ujian Bangkit dan Jalan; berdiri atas satu kaki selama mungkin dengan mata tertutup; dan kelajuan berjalan. 3. Senaman 3D (3 dimensi) (termasuk tai chi, qi gong, menari, yoga) (dari 15 kajian, tujuh menghasilkan data untuk satu atau lebih hasil utama). Kesan positif diperolehi untuk Ujian Bangkit dan Jalan; berdiri atas satu kaki selama mungkin dengan mata terbuka, dan dengan mata tertutup; dan Skala Berg Balance. 4. Aktiviti fizikal yang umum (berjalan) (dari tujuh kajian, lima menunjukkan data untuk satu atau lebih hasil utama).5. Aktiviti fizikal umum (berbasikal) (satu kajian menghasilkan data untuk kelajuan berjalan).6. Latihan keseimbangan berkomputer menggunakan maklumbalas visual (dua kajian, kedua-duanya tidak menunjukkan data bagi mana-mana hasil utama).7. Penggunaan platform getaran sebagai intervensi (dari tiga kajaian, satu menunjukkan data bagi Ujian Bangkit dan Jalan)

8. Senaman pelbagai jenis (kombinasi di atas) (dari 43 ujikaji, 29 menghasilkan data untuk satu atau lebih hasil-hasil utama). Kesan-kesan positif ditemui bagi Ujian 'Timed Up & Go'; berdiri atas satu kaki selama mungkin dengan mata terbuka, dan dengan mata tertutup; dan Skala Berg Balance.

Amnya, program yang berkesan berjalan tiga kali seminggu selama tiga bulan dan melibatkan senaman berdiri yang dinamik. Bilangan laporan kejadian sampingan adalah rendah.

Kesimpulannya, ulasan mendapati bukti yang lemah bagi sesetengah jenis senaman yang sederhana keberkesanannya, sebaik saja selepas intervensi, bagi meningkatkan keseimbangan dalam golongan tua. Walau bagaimanapun, oleh kerana data yang diperolehi adalah tidak lengkap dan kaedah yang dikompromi telah digunakan dalam sebilangan besar kajian bermakna kajian yang lebih berkualiti diperlukan seterusnya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information