Intervensi untuk menggantikan kehilangan gigi: rawatan peri-implantitis

Seperti gigi asli, implan pergigian boleh hilang akibat penyakit gusi (peri-implantitis) Ulasan ini melihat kepada rawatan manakah yang paling berkesan untuk menghentikan peri-implantitis.
Sembilan kajian dimasukkan dan lapan modaliti rawatan dinilai. Satu kajian kecil jangka pendek (4 bulan) menunjukkan penggunaan aplikasi antibiotik setempat tambahan kepada pembersihan manual yang dalam bagi implan yang berpenyakit dapat mengurangkan kedalaman poket sekeliling implan sebanyak 0.6 mm dalam kalangan pesakit yang dipengaruhi oleh peri-implantitis yang teruk. Satu lagi kajian kecil bertempoh 4-tahun, menunjukkan perletakan tulang gantian terbitan-haiwan dengan halangan boleh resorb, mengurangkan lebih 1.4 mm kedalaman poket berbanding tulang sintetik. Kebanyakan kajian yang menguji terapi yang lebih kompleks dan lebih mahal tidak menunjukkan sebarang kelebihan yang signifikan secara statistik atau klinikal berbanding pembersihan mekanikal sekeliling implan yang terlibat. Kesimpulannya, pada masa kini terdapat terlalu sedikit bukti untuk menentukan cara mana yang paling berkesan untuk merawat peri-implantitis. Ini tidak bermakna, intervensi yang diguna masa kini adalah tidak berkesan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipa). Disunting olehTuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my.

Tools
Information