Berus gigi berkuasa mula diperkenalkan secara komersial dalam tahun 1960an. Ulasan sistematik Cochrane terbitan terdahulu mencadangkan satu jenis berus gigi berkuasa lebih baik berbanding berus gigi manual untuk pembuangan plak dan pengurangan keradangan gusi. Ulasan tersebut tidak membolehkan perbandingan terus di antara pelbagai jenis berus gigi berkuasa.
Ulasan ini memasukkan data daripada 17 kajian dengan 1369 peserta. Untuk jangkamasa pendek, berus dengan gerakan putaran ayunan mengurangkan lebih plak dan gingivitis berbanding dengan gerakan sisi. Namun perbezaan adalah kecil dan kepentingan klinikal adalah tidak jelas.Oleh kerana kurangnya bilangan kajian dan penggunaan pelbagai berus gigi berkuasa, tiada rumusan yang muktamat dapat dibuat tentang kelebihan satu jenis berus gigi berkuasa keatas yang lain.Hanya kesan sampingan kecil dan sementara sahaja dilaporkan.Kos dan kebolehpercayaan berus gigi tidak dilaporkan dalam kajian-kajian tersebut.
Lebih banyak kajian bermutu diperlukan untuk mengesahkan jika terdapat jenis berus gigi berkuasa lebih baik untuk mengurangkan plak dan gingivitis.
Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my