Risperidone ialah satu ubat antipsikotik yang telah digunakan untuk mengurangkan simptom dan menambah baik tingkah laku penghidap autisme. Ulasan ini merangkumi tiga percubaan terkawal rawak dan membuat kesimpulan bahawa risperidone mungkin bermanfaat untuk pelbagai aspek autisme termasuk kerengsaan, pengulangan dan hiperaktiviti. Namun demikian, semua kajian ini adalah agak kecil dan telah menggunakan pelbagai jenis cara untuk menilai keberkesanan, yang menyebabkan kesukaran untuk membuat perbandingan. Di samping itu, kesan-kesan sampingan telah dikenal pasti, terutamanya peningkatan berat badan. Oleh itu, kajian selanjutnya diperlukan untuk menentukan manfaat-manfaat jangka masa panjang jika ada, berbanding dengan potensi risiko-risikonya.
Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor's University, Malaysia). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com