Perbandingan antara pemantauan elektronik denyutan jantung bayi pada kemasukan wad bersalin menggunakan kardiotografi dengan pemantauan yang berselang-seli

Apakah isunya?

Apabila wanita yang sihat dengan kehamilan berisiko rendah dimasukkan ke wad bersalin, adakah kardiotografi (CTG) atau mendengar denyutan jantung janin (FHR) selama satu minit berikutan penguncupan membawa hasil yang lebih baik untuk ibu dan bayi mereka?

Mengapakah ini penting?

Pemantauan FHR adalah salah satu kaedah yang paling biasa untuk memeriksa kesejahteraan bayi. Dua cara yang paling biasa memantau FHR adalah dengan mendengar denyutan jantung menggunakan stetoskop janin, Pinard (peranti berbentuk trumpet khas), alat dengar ultrabunyi Doppler tangan (dikenali sebagai auscultation berselang-seli) atau oleh pemantauan janin elektronik (EFM) mesin yang menghasilkan cetakan denyut jantung bayi dan kontraksi ibu, dipanggil CTG.

CTG pemantauan adalah ujian yang biasa digunakan yang terdiri daripada rakaman FHR dan aktivity rahim yang pendek, biasanya 20 minit, apabila wanita itu dimasukkan ke wad bersalin dengan tanda-tanda bersalin. CTG pemantauan diperkenalkan untuk mencuba dan mengenal pasti bayi-bayi yang berisiko tinggi menjadi berkompromi dengan kekurangan oksigen semasa bersalin. Bayi-bayi boleh dipantau secara lebih intensif oleh EFM berterusan, atau mereka mungkin mendapat manfaat daripada campur tangan segera seperti pembedahan caesarean .

Apakah bukti yang kami temui?

Kami membandingkan CTG pertama dengan auscultation yang berselang-seling FHR yang dilakukan pada kemasukan wanita ke wad bersalin. Kami mencari bukti kajian sampai 30 November 2016 tetapi tidak menemui kajian baru untuk kajian terkini ini (sebelum ini diterbitkan pada tahun 2012). Kajian ini merangkumi empat kajian dan terdapat satu kajian yang belum lengkap. Kajian-kajian termasuk (yang dijalankan di UK dan Ireland) melibatkan lebih daripada 13,000 wanita dengan kehamilan berisiko rendah. Tiga ujian yang dibiayai oleh hospital adalah ujian yang dijalankan dan satu percubaan dibiayai oleh kerajaan Scotland.

Wanita yang diperuntukkan untuk CTG mungkin lebih cenderung melalui pembedahan caesarean daripada wanita yang diperuntukkan kepada auscultation (bukti kualiti sederhana). Tidak ada perbezaan dalam bilangan kelahiran faraj instrumental (bukti kualiti rendah) atau bilangan bayi yang meninggal dunia semasa atau tidak lama selepas bersalin (bukti kualiti sederhana) antara wanita dalam kedua-dua kumpulan. CTG pertama masuk wad dikaitkan dengan peningkatan penggunaan EFM berterusan (dengan elektrod diletakkan di kulit kepala bayi) (bukti kualiti rendah) dan sampel darah janin (sampel darah kecil yang diambil dari kulit kepala bayi) semasa bersalin. Tiada perbezaan dalam hasil lain yang diukur seperti memecahkan membran amniotik, mempercepatkan proses bersalin, penggunaan epidural, kerosakan kepada otak bayi kerana kekurangan oksigen (bukti kualiti yang sangat rendah), atau bayi sawan selepas berlahir (bukti kualiti rendah). Tiada kajian yang dilaporkan jika bayi mengalami sebarang masalah yang teruk dalam perkembangan otak atau sistem saraf selepas satu tahun.

Apakah maksudnya?

Walaupun banyak hospital menjalankan CTG pada wanita apabila mereka dimasukkan ke hospital untuk bersalin, kami mendapati tiada bukti bahawa ini memberi manfaat kepada wanita dengan kehamilan berisiko rendah. Kami mendapati CTG masuk wad boleh meningkatkan jumlah wanita yang mempunyai pembedahan caesar sebanyak kira-kira 20%.

Kajian yang dimasukkan tidak termasuk wanita yang cukup untuk menunjukkan sama ada CTG pertama masuk wad atau auscultation beselang-seli lebih baik untuk memastikan bayi selamat. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan yang cara lebih baik untuk menjaga bayi secara selamat perlu dilaksanakan dalam skala besar. Berdasarkan kajian ini, wanita hamil berisiko rendah yang mempunyai kemasukan CTG mungkin lebih cenderung mempunyai bahagian caesar. Faedah kepada wanita yang mempunyai CTG bila masuk wad tidak dikenalpasti.

Semua kajian yang disertakan berlaku di negara-negara Eropah Barat yang maju. Penemuan ulasan mungkin tidak berguna kepada orang di negara di mana cara pemantauan FHR digunakan berbeza. Walau bagaimanapun, negara-negara yang menggunakan CTG bila masuk wad harus mula bertanya mengapa, kerana tidak ada faedah yang jelas untuk menggunakan CTG, dan mereka boleh menyebabkan kecederaan wanita dengan menjadikan mereka lebih cenderung mempunyai pembedahan caesar.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Amanda Yap Qiao Ying (Hospital Pulau Pinang). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi amandayapqy@hotmail.com

Tools
Information