Intervensi-intervensi untuk mencegah kehamilan yang tidak dirancang dalam kalangan remaja

Intervensi untuk mencegah kehamilan yang tidak dirancang melibatkan sebarang aktiviti (pendidikan kesihatan atau kaunseling sahaja, pendidikan kesihatan serta membina kemahiran, pendidikan kesihatan serta pendidikan pencegahan hamil, pendidikan pencegahan hamil dan taburan, kumpulan berteraskan agama atau kaunseling individu) yang direka untuk meningkatkan pengetahuan dan sikap remaja berkaitan risiko kehamilan yang tidak dirancang; mempromosi melewatkan permulaan hubungan kelamin; menggalakkan penggunaan secara konsisten kaedah kawalan kelahiran dan mengurangkan kehamilan yang tidak dirancang.

Ulasan ini melibatkan 53 kajian rawak terkawal membandingkan intervensi-intervensi kepada pelbagai kumpulan kawalan (kebanyakannya pendidikan seks piawai lazim yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah). Pencarian kajian tidak terhad mengikut negara, walaupun kebanyakan kajian yang dimasukkan telah dilaksanakan di negara-negara berpendapatan tinggi, dengan hanya empat kajian di negara-negara berpendapatan sederhana dan rendah, terutamanya yang mewakili kumpulan sosio-ekonomi rendah. Intervensi-intervensi telah dijalankan di sekolah-sekolah, pusat-pusat komuniti, fasiliti-fasiliti dan rumah-rumah penjagaan kesihatan. Meta-analisis dilaksanakan untuk kajian-kajian yang memungkinkan pengekstrakan data.

Hanya intervensi-intervensi yang melibatkan gabungan pendidikan dan promosi pencegahan hamil (beberapa intervensi) dilihat secara ketara mengurangkan kehamilan tidak dirancang dalam tempoh susulan jangka sederhana dan jangka panjang. Keputusan untuk hasil (sekunder) tingkah laku tidak konsisten oleh intervensi-intervensi tersebut.

Limitasi ulasan ini adalah kebergantungan kepada peserta-peserta program melaporkan tingkah laku mereka dengan tepat dan kelemahan-kelemahan metodologi dalam kajian-kajian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Fairuz Fadzilah Rahim (Penang Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fairuzfr@yahoo.com.

Tools
Information