Pengguguran yang dirancang selepas tiga bulan kehamilan boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa ubatan. Ulasan ini melihat kepada prosedur perubatan mana yang terbaik.

Terdapat banyak kaedah perubatan untuk menamatkan kehamilan yang dirancang pada trimester kedua kehamilan (pengguguran selepas tiga bulan). Kami melakukan pencarian penulisan saintifik untuk mengetahui kaedah terbaik. Kami mengenal pasti 38 kajian dan sampai pada kesimpulan bahawa misoprostol adalah ubat pilihan untuk menamatkan kehamilan secara perubatan, lebih baik digabungkan dengan mifepristone yang memudahkan keberkesanan misoprostol. Misoprostol berfungsi paling baik apabila ia dimasukkan ke dalam faraj. Wanita yang sebelumnya melahirkan boleh mengambil misoprostol melalui mulut (di bawah lidah). Apapun ubatan yang digunakan untuk menamatkan trimester kedua terdapat risiko yang besar bagi intervensi pembedahan kerana pendarahan faraj atau pengguguran yang tidak lengkap.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Yean Albert (Manipal Academy of Higher Education). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information