Mengelakkan penggunaan botol semasa memulakan penyusuan susu ibu pada bayi pramatang

Soalan ulangkaji: pada bayi pramatang yang ibunya ingin menyusu badan, adakah penggunaan botol mengganggu kejayaan penyusuan?

Latar belakang: bayi pramatang memulakan penyusuan susu melalui tiub, dan apabila mereka matang mereka dapat menguruskan penyusuan yang menghisap. Bilangan penghisapan setiap hari akan beransur-ansur meningkat apabila bayi menjadi lebih matang. Wanita yang mempunyai bayi pramatang mungkin tidak selalu berada di hospital setiap kali bayinya memerlukan makanan yang dihisap. Secara tradisi, botol susu dengan susu ibu atau susu formula digunakan. Telah dicadangkan bahawa menggunakan botol boleh mengganggu kejayaan penyusuan.

Ciri kajian: kami menemui tujuh kajian yang layak (melibatkan 1152 bayi pramatang). Kajian ini bersaiz kecil hingga sederhana, dan kebanyakannya mempunyai beberapa masalah dengan reka bentuk atau perlakuan kajian. Carian adalah terkini hingga 18 Jun 2020.

Keputusan utama: lima kajian (yang sertakan dua daripada kajian terbesar) menggunakan suapan cawan, dan satu suapan tiub terpakai. Satu kajian menggunakan puting yang direka khas dengan aksi hisapan yang dicadangkan lebih menyerupai penyusuan susu ibu berbanding penyusuan susu botol konvensional. Kebanyakan kajian telah dilakukan di negara berpendapatan tinggi dan hanya dua kajian sahaja dilakukan di negara berpendapatan rendah. Secara keseluruhan jika penyusuan botol (dengan puting konvensional) tidak diberikan, bayi lebih cenderung untuk menyusu susu ibu dengan sepenuhnya atau mempunyai sekurang-kurangnya beberapa penyusuan susu ibu serta pada tiga dan enam bulan selepas keluar dari hospital. Kajian dengan puting yang direka khas tidak menunjukkan perbezaan hasil penyusuan susu ibu, jadi kajian dengan cawan bersendirian atau tiub sahaja yang meningkatkan kadar penyusuan susu ibu. Walau bagaimanapun, kerana kualiti kajian tiub sahaja yang lemah, kami tidak pasti sama ada pendekatan tiub sahaja untuk menambah penyusuan meningkatkan hasil penyusuan. Kami mendapati tiada bukti manfaat atau mudarat bagi mana-mana hasil yang dilaporkan, termasuk tempoh hospitalisasi atau kenaikan berat badan.

Kesimpulan: menggunakan cawan dan bukannya botol meningkatkan tahap dan tempoh kenyang dan sebarang penyusuan pada bayi pramatang sehingga enam bulan selepas keluar. Kajian lanjut berkualiti tinggi mengenai pendekatan tiub sahaja perlu dilakukan.

Kepastian bukti: kami mempunyai keyakinan rendah hingga sederhana terhadap keputusan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information