Peranti alat sedut yang diguna untuk menghantar steroid bagi asma secara umu terbahagi kepada tiga kategori. Yang menggunakan bahan pendorong untuk dispens steroid ke dalam saluran udara melalui mulut apabila kanister ditekan secara manual (penyedut dos terukur bertekanan - pMDIs), yang menggunakan bahan pendorong untuk menghantar dos steroid yang dicetuskan oleh pernafasan pengguna (MDIs yang digerakkan oleh nafas), dan yang menghantar ubat sebagai serbuk kering (DPI). pMDI secara tradisi menggunakan bahan pendorong klorofluorokarbon (CFC), tetapi penyesuaian fasa penyedut CFC memberi implikasi besar bagi pembuatan ubat sedutan. Satu pendorong bukan CFC (hidrofluoroalkana-134a (HFA) baharu telah diperkenalkan, dan ia diguna untuk mendorong beclomethasone (BDP). Sebelum ini fluticasone (FP) dianggap sekurang-kurangnya sama berkesan seperti CFC-BDP apabila diberi separuh dos. Ulasan kajian mendapati bahawa terdapat bukti yang terhad untuk menunjukkan BDP baharu dalam bentuk lebih halus adalah serupa dengan FP pada dos yang sama. Lebih banyak penyelidikan harus dilakukan dalam kalangan kanak-kanak dan orang dengan asma yang lebih teruk untuk membantu menjawab persoalan tentang kesan relatif kedua-dua steroid ini. Sesetengah orang mungkin tidak begitu arif menggunakan jenis alat sedut tertentu dan penemuan kajian mungkin hanya boleh diaplikasi kepada orang yang kompeten menggunakan alsat edut dos terukur (MDIs). Kajian-kajian harus menimbang untuk memperkenalkan peruang di mana orang mendapatinya lebih mudah diguna.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.