latar Belakang
Peringkat I kanser ovari disahkan apabila tumor ini terhad kepada satu atau kedua-dua ovari, tanpa merebak ke nodus limfa atau bahagian-bahagian badan lain. Kira-kira 25% wanita-wanita dengan kanser ovari akan didiagnosis pada peringkat awal, oleh sebab itu, diagnosis sering berlaku disebabkan oleh penemuan tidak sengaja. Tujuan pementasan pembedahan adalah untuk mewujudkan diagnosis, untuk menilai sejauh mana kanser itu merebak dan mengeluarkan tumor dengan sebanyak mungkin. pengeluaran tumor dengan sebanyak mungkin adalah penting kerana wanita dengan kanser ovari hidup lebih lama apabila semua tumor kelihatan telah dikeluarkan.
soalan kajian
Kami telah menjalankan kajian ini dalam usaha untuk menjelaskan sama ada laparoskopi (pembedahan lubang kunci) seberkesan dan selamat seperti laparotomi (pembedahan terbuka) untuk kanser ovari peringkat awal. Kami ingin hanya melibatkan kajian berkualiti tinggi yang membandingkan kedua-dua jenis pembedahan. Kami ingin tahu sama ada wanita yang mempunyai laparoskopi hidup selama wanita yang mempunyai pembedahan terbuka dan sama ada masa untuk kanser melarat berbeza bagi kedua-dua kumpulan. Kami juga berminat untuk mengetahui akibat pembedahan yang berbeza atas kehilangan darah dan komplikasi lain.
Penemuan utama dan kualiti bukti
Kami mengulas kesusasteraan yang diterbit dari 1990 hingga 2106. Malangnya, kami tidak dapat mencari mana-mana ujikaji klinikal rambang berkawal berkualiti tinggi yang membandingkan kedua-dua cara ini.
Diterjemahkan oleh Ng Chin Ang (Penang Medical College). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hospital Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi chinang_c2017@ms.pmc.edu.my