Sokongan pemakanan untuk kecederaan buah pinggang akut

Mengekalkan keseimbangan pemakanan adalah penting dalam merawat pesakit dengan kecederaan buah pinggang akut (AKI). Terapi pemakanan, termasuk pemakanan parenteral (dihantar melalui suntikan) dan pemakanan enterik (melalui mulut) digunakan secara meluas. Lapan kajian rawak terkawal (257 peserta) telah dimasukkan ke dalam ulasan ini. Asid L-amino penting mungkin memendekkan tempoh keseluruhan disfungsi buah pinggang dan penambahbaikan survival dari AKI. Namun demikian, disebabkan oleh bilangan peserta yang kecil dan kualiti kajian yang teruk, penyelidik tidak dapat memberi cadangan penggunaan sokongan pemanakanan untuk merawat AKI.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information