Ubat-ubatan herba Cina untuk hipertiroidisme

Hipertiroidisme adalah satu penyakit yang lazim di mana amaun hormon tiroid berlebihan di dalam darah. Mereka yang terlibat antaranya mengalami peningkatan kadar denyut jantung, kulit menjadi panas lembap dan kenaikan suhu badan. Sejumlah besar ubat-ubatan herba Cina digunakan untuk merawat keadaan ini di China. Tiga belas kajian yang relevan melibatkan 1770 peserta telah dianalisis. Kesemuanya berkualiti rendah. Tiada di antara kajian -kajian tersebut menganalisis kadar kematian, kualiti hidup berkaitan kesihatan, kesan ekonomi atau pematuhan kepada rawatan. Sesetengah herba mungkin menunjukkan penambahbaikan gejala, fungsi tiroid dan kesan buruk. Malangnya, kami tidak dapat mencari bukti boleh percaya untuk mencadangkan penyediaan herba spesifik daripada sejumlah 103 formulasi yang dikaji.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Irfan Mohamad (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi irfankb@usm.my

Tools
Information