Rumusan bersama abacavir-lamivudine-zidovudine untuk merawat jangkitan HIV dan AIDS

Matlamat utama ulasan ini adalah untuk menilai keberkesanan antiviral bagi rumusan bersama abacavir-lamivudine-zidovudine untuk rawatan awal jangkitan HIV. Matlamat kedua adalah untuk menilai keselamatan dan toleransi terhadap gabungan tiga ubat tersebut. Kami telah mengenalpasti 15 kajian yang berpotensi memenuhi syarat, di mana empat kajian telah memenuhi kriteria kemasukan. Penemuan kami menunjukkan bahawa rumusan bersama abacavir-lamivudine-zidovudine tetap menjadi pilihan yang baik untuk memulakan terapi antiretroviral, terutamanya untuk pesakit yang dijangkiti HIV yang sudah ada hyperlipidaemia dan untuk mereka yang tidak dapat bertahan dengan rawatan ubat ritonavir.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Raymond Chieng Siang Ching (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura (Melaka Manipal Medical College) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi raymondchieng@gmail.com

Tools
Information