Orang yang mempunyai luka kronik seperti ulser kaki dan tungkai bawah dan luka akut seperti luka surgikal sering mendapati luka mereka dijangkiti. Penyembuhan luka boleh tertangguh oleh amaun bakteria pada permukaan luka. Penjagaan luka melibatkan pertukaran dresing yang kerap. Perak adalah antimikrobial dan dresing yang mengandungi perak telah dibangunkan. Penulis ulasan Cochrane ini mencari bukti sama ada dresing berasaskan perak dapat mengurangkan jangkitan dan menggalakkan penyembuhan luka.
Tiga kajian melihat orang-orang dengan luka kronik dimasukkan dalam ulasan ini dan didapati dresing dengan buih yang mengandungi perak tidak menghasilkan penyembuhan luka lebih cepat sehingga empat minggu susulan. Satu kajian mendapati saiz keseluruhan ulser dikurangkan lebih cepat apabila dibalut dengan buih yang mengandungi perak.
Tiada bukti yang cukup untuk mengesyorkan penggunaan dresing atau agen topikal yang mengandungi perak untuk merawat luka kronik yang dijangkiti atau tercemar.
Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.