Epilepsi ialah gangguan sistem saraf di mana adanya aktiviti otak di luar kawalan, dan menyebabkan sawan. Kadar epilepsi di kalangan orang dengan ketidakbolehan intelek ternyatanya lebih tinggi daripada populasi umum. Epilepsi di kalangan populasi ini adalah selalunya kurang responsif kepada ubat antiepileptik(AEDs) dan dikaitkan dengan kadar morbiditi dan mortaliti yang lebih tinggi. Satu kajian yang membandingkan dua prosedur surgikal telah disertakan dalam ulasan ini. Kajian ini mendapati “anterior corpus callostomy” (suatu prosedur di mana suatu bahagian korpus kalosum diputuskan) dengan lobektomi temporal anterior (suatu prosedur di mana sebahagian lobus temporal dibuang) adalah lebih berkesan daripada hanya lobektomi temporal anterior, dalam meningkatkan kualiti hidup dan prestasi ujian IQ di kalangan orang dengan epilepsi dan ketidakbolehan intelek. Tiada sokongan didapati yang membandingkan faedah mana-mana prosedur untuk meningkatkan kawalan sawan. Ulasan ini menampakkan lagi kekurangan kajian rawak terkawal dalam menilai intervensi bukan farmakologi untuk orang dengan epilepsi dan ketidakbolehan intelek. Dengan prevalen dan keadaan epilepsi dalam populasi ini, kajian terkawal rawak yang sesuai adalah diperlukan untuk memastikan kesan-kesan intervensi bukan farmakologi terhadap sawan dan hasil tingkah laku di kalangan populasi ketidakbolehan intelek. Walaubagaimanapun, bukti yang berkualiti baik yang diterbitkan daripada kajian terkawal rawak yang melibatkan populasi bukan ketidakbolehan intelek perlu ditaksir untuk kesan-kesan sampingan dan keberkesanan sebelum kajian tersebut dilaksanakan.
Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Disunting oleh Chan Mei Wai. untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi teoh.ru@ummc.edu.my