Splin oklusal untuk merawat bruksisme tidur (mengasah gigi)

Tiada bukti yang mencukupi untuk menyokong atau menyangkal penggunaan splin oklusal bagi merawat pesakit yang mengasah atau mengetam gigi semasa tidur (bruksisme tidur)
Bruksisme tidur bercirikan beberapa tanda dan gejala. Antaranya adalah kehausan abnormal pada gigi, kepatahan gigi, sakit sendi, ketidak selesaan otot rahang, dan sakit kepala. Rawatan untuk masalah ini termasuklah peranti odontologi misalnya splin oklusal, farmakoterapi, dan psikoterapi. Splin oklusal adalah alat boleh-tanggal yang dipakai di rahang atas (maksila) atau rahang bawah (mandibel), dengan penutupan permukaan-permukaan gigi. Ia sering diguna untuk mencegah kehausan gigi.
Tiada bukti yang cukup di dalam literatur untuk menunjukkan splin oklusal boleh mengurangkan bruksisme tidur.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Azlan Husin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information