Rawatan pesakit yang dijangkiti virus hepatitis C

Di seluruh dunia, kira-kira 170 juta orang dijangkiti virus hepatitis C secara kronik. Hepatitis C adalah virus bawaan darah dan laluan transmisi termasuk penggunaan dadah intravena, transmisi ibu kepada bayi, amalan perubatan yang tidak selamat, tingkah laku seksual berisiko tinggi, dan transfusi darah. Hepatitis C kronik dalam kebanyakan pesakit adalah jangkitan virus yang tidak berbahaya, tetapi minoriti pesakit mendapat sirosis hati dan mungkin menderita komplikasi akibat sirosis atau mati akibatnya.

Rawatan dengan interferon membersihkan virus hepatitis C daripada darah dalam kira-kira 15% pesakit. Menambah ribavirin kepada interferon (terapi kombinasi) meningkatkan dengan ketara kira-kira 40% pembersihan hepatitis C dari darah. Tidak semua pesakit bertoleransi dengan interferon, dan juga interferon adalah mahal. Inilah sebabnya ribavirin diberi sebagai ubat tunggal yang mungkin dianggap pilihan bagi pesakit dengan hepatitis C kronik. Ulasan ini mengenal pasti 11 kajian rawak yang membandingkan ribavirin tanpa rawatan antiviral dalam kalangan pesakit hepatitis C kronik. Gabungan keputusan dari semua kajian tersebut menunjukkan ribavirin sahaja tiada kesan bermanfaat bagi pesakit dengan hepatitis C kronik. Tambahan pula, ribavirin yang diberi secara tunggal adalah kurang baik berbanding interferon untuk membersihkan hepatitis C dari darah dan mengenai pengurangan aktiviti enzim hati dalam darah. Lagipun, ribavirin sahaja meningkatkan risiko anemia. Oleh itu, pemberian ribavirin secara tunggal tidak boleh disyorkan, tetapi lebih banyak kajian diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information