Pengambilan garam yang rendah semasa kehamilan tidak mungkin mencegah pre-eklampsia.
Pre-eklampsia ialah satu komplikasi kehamilan yang serius yang berkait dengan kesihatan yang buruk, atau bahkan kematian, untuk ibu dan bayi. Pre-eklampsia dikenalpasti dengan peningkatan tekanan darah dan protin dalam air kencing semasa peringkat separuh kedua kehamilan. Pada masa lalu, pemakanan yang mengandungi kandungan garam yang rendah kerap disyorkan, dengan kepercayaan bahawa ia dapat membantu untuk mencegah pre-eklampsia. Walau bagaimanapun, ulasan mendapati hanya dua kajian yang tidak menunjukkan bukti manfaat untuk ibu ataupun bayi. Pengambilan garam semasa kehamilan seharusnya menjadi pilihan peribadi.
Diterjemahkan Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.