Artemether-lumefantrine (regimen enam-dos) untuk merawat malaria tidak berkomplikasi

Dengan menggunakan sistem perintis kita ini, ulasan ini telah dikategorikan sebagai: soalan semasa - Kemaskini tidak bertujuan (topik diliputi dalam kajian yang lain. Rujuk: Sinclair D, Zani B, Donegan S, Olliaro P, Garner P. Terapi kombinasi berasaskan artemisinin untuk merawat malaria tidak berkomplikasi. Cochrane Database of Systematic Reviews 2009, Issue 3. Art. No.: CD007483. DOI: 10.1002/14651858.CD007483.pub2.) Sila lihat bahagian "Nota-Nota terbitan" ulasan untuk maklumat lanjut.

Malaria adalah penyakit parasit yang disebarkan oleh nyamuk. Ia menjejas berjuta-juta orang di seluruh dunia dan merupakan punca utama penyakit dan kematian. Malaria tidak berkomplikasi membentangkan simptom-simptom seperti demam, sakit kepala, sakit otot, dan muntah-muntah. Parasit ini telah menjadi rintang terhadap beberapa ubat-ubatan yang sebelum ini efektif, dan jadi kombinasi ubat-ubatan telah digunakan untuk cuba mengubati dan menghalang rintangan yang seterusnya. Artemether-lumefantrine adalah satu kombinasi ubat-ubatan tersebut. Ulasan ujian-ujian ini menunjukkan bahawa regimen enam-dos dari artemether-lumefantrine dikaitkan dengan kadar penyembuhan yang tinggi dan lebih berkesan berbanding dengan kebanyakan kombinasi ubat lain untuk malaria tidak berkomplikasi. Penyelidikan lanjutan diperlukan untuk menilai kesan sampingan buruk dengan betul.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information