Mereka yang bertugas dalami penguatkuasaan undang-undang terdedah kepada banyak perkara-perkara yang boleh menjadi stresor dalam pekerjaan. Ini termasuklah aspek pekerjaan yang melibatkan faktor operasional (kandungan kerja) dan aspek yang berkait dengan faktor organisasi (konteks kerja). Pelbagai jenis intervensi digunakan untuk mencegah gangguan psikologi dalam kalangan pegawai penguatkuasa undang-undang. Memandangkan kepentingan fungsi yang dijalankan oleh pegawai penguatkuasa undang-undang, dan ketiadaan pendekatan yang pasti untuk menangani masalah psikologi yang mungkin dialami, satu ulasan sistematik bukti-bukti diperlukan untuk menentukan keberkesanan intervensi psikososial bagi mencegah permasalahan dalam populasi terpilih ini. Kami menemui sepuluh kajian rawak, tetapi tidak semuanya menyumbangkan data yang berguna untuk ulasan ini dan meta-analisis kuantitatif tidak dapat dilakukan. Tiada data mengenai kesan buruk ditemui. Oleh itu, bukti-bukti sedia ada hanyalah terhad kepada analisa kajian yang tunggal, kecil dan berkualiti rendah. Ini menunjukkan pegawai polis mungkin mendapat manfaat daripada intervensi psikososial dari segi simptom psikologi dan fizikal. Kajian lanjutan intervensi psikososial dengan reka bentuk yang lebih baik untuk mempertingkatkan kesihatan psikologi pegawai polis diperlukan. Kajian-kajian intervensi berasaskan organisasi juga diperlukan.
Diterjemahkan oleh Rafidah Bahari (Cyberjaya University College of Medical Sciences). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemaah ini, sila hubungi rafidahbahari@cybermed.edu.my.