Artesunate mengurangkan kematian akibat malaria parah

Malaria parah berlaku apabila jangkitan dengan parasit malaria dijadikan rumit oleh kegagalan serius organ-organ badan utama, dan mengakibatkan lebih satu juta kematian setiap tahun. Malaria parah kadang-kadang dikaitkan dengan koma dan dikenali sebagai malaria serebral. Berikutan malaria serebral sebahagian kecil kanak-kanak menderita dengan kecacatan saraf jangka panjang.

Ulasan ujian-ujian ini menilai keberkesanan artesunate berbanding dengan quinine. Lapan ujian melibatkan 1664 orang dewasa dan 5765 kanak-kanak telah dikenal pasti, dari tapak kajian di Asia dan Afrika.

Merawat orang dewasa di Asia dengan artesunate dan bukannya quinine akan mencegah 94 lebih kematian untuk setiap 1000 pesakit dirawat. Dalam ujian yang melibatkan kanak-kanak, kadar kematian adalah lebih rendah daripada ujian yang melibatkan orang dewasa. Pengurangan risiko kematian ini memberi manfaat lebih kecil kepada kanak-kanak daripada pada orang dewasa, tetapi masih akan menyelamatkan 26 lebih kehidupan untuk setiap 1000 kanak-kanak dirawat.

Bagi kanak-kanak yang terselamat, terdapat lebih banyak masalah saraf semasa pelepasan hospital dalam orang-orang yang dirawat dengan artesunate berbanding orang-orang yang dirawat dengan quinine. Walau bagaimanapun, kebanyakan masalah saraf ini diselesaikan apabila mereka dikaji semula 28 hari kemudian, dan pada masa ini tiada perbezaan antara dua kumpulan rawatan.

Artesunate harus menjadi ubat pilihan untuk orang dewasa dan kanak-kanak dengan malaria parah di seluruh dunia.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Faculty of Health and Medical Sciences, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini, sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information