Peranti pembesaran untuk terapi endodontik

Soalan sorotan

Adakah peranti pembesaran dapat meningkatkan kejayaan rawatan kanal akar (terapi endodontik)?

Latarbelakang

Terapi endodontik adalah rawatan pulpa gigi yang telah dijangkiti untuk menghapuskan jangkitan dan kesakitan akibat jangkitan tersebut. Rawatan ini telah menjadi semakin rumit dan jitu, maka amalan yang diterimapakai secara meluas adalah penggunaan peranti pembesaran untuk meningkatkan hasil terapi bagi pesakit. Terdapat pelbagai jenis peranti pembesaran yang mungkin berbeza keupayaannya untuk meningkatkan kejayaan rawatan.Namun, terdapat sedikit data untuk menyokong penggunaan peranti pembesaran atau membantu doktor pergigian membuat pilihan terbaik.

Carian

Versi ini mengemaskini sorotan terbitan 2009.Kami mencari literatur sehingga 13 Oktober 2015.

Keputusan utama

Kami tidak mendapati sebarang kajian yang memenuhi kriteria kemasukkan untuk sorotan ini.

Kualiti bukti

Sorotan ini menunjukkan tiada bukti untuk menilai sama ada peranti pembesaran dapat meningkatkan kejayaan terapi endodontik.Oleh itu, kajian berterusan adalah perlu untuk membantu pengamal dan pesakit membuat pilihan termaklum tentang pilihan rawatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka-Manipal Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my. Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information