Nicobrevin merupakan produk proprietari yang mengandungi quinine, minyak valerate, kapur barus dan eucalyptus menthyl yang dipasarkan sebagai bantuan untuk berhenti merokok. Tiada ujikaji rawak dengan susulan jangka panjang untuk status merokok telah dikenal pasti, jadi tidak ada bukti yang didapati untuk menilai keberkesanannya.
Jika anda mendapati bukti ini membantu, sila pertimbangkan untuk menderma kepada Cochrane. Kami adalah badan amal yang menghasilkan bukti yang boleh diakses untuk membantu orang ramai membuat keputusan kesihatan dan penjagaan.
Nota terjemahan:
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.