Alfa interferon untuk pesakit dengan hepatitis D kronik

Virus hepatitis D adalah unik kerana ia hanya boleh menjangkiti seseorang yang sudah dijangkiti virus hepatitis B. Hepatitis D kronik adalah jangkitan yang sukar dirawat. Beberapa agen antiviral dan agen imunomodulet telah dinilai dalam rawatan hepatitis D. Walau bagaimanapun, dengan pengecualian interferon, semuanya terbukti tidak berkesan. Meta-analisis enam kajian klinikal rawak interferon ini menunjukkan alfa interferon pun bukan ubat yang sesuai untuk jangkitan ini. Dalam kalangan 169 peserta yang termasuk dalam metaanalisis utama, alfa interferon menyebabkan kehilangan virus, penormalan ujian hati, dan pembaikan biopsi hati dalam lebih ramai pesakit berbanding dengan mereka yang tidak dirawat. Malangnya, kebanyakan pesakit-pesakit ini tidak mendapat mengekalkan respon selepas menghentikan rawatan. Analisis tambahan dua kajian yang membandingkan dos alfa interferon yang lebih tinggi dengan dos yang lebih rendah dalam kalangan peserta yang dirawak tidak menunjukkan perbezaan hasil yang ketara di antara kedua-dua kumpulan. Terdapat perbezaan dos dan tempoh alfa interferon yang diguna di antara kajian-kajian yang dimasukkan dan beberapa kelemahan metodologi lain yang menyebabkan risiko bias tinggi dalam metaanalisis ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information