Makanan bijirin penuh untuk pencegahan diabetes mellitus jenis 2

Produk makanan daripada bijirin seperti gandum, beras, jagung, rye, oat dan barli merupakan sebahagian besar daripada makanan harian di kebanyakan negara. Untuk produk bijirin ditapis, bran dan germa bijirin yang mengandungi kebanyakan nutrien dan serat makanan telah dibuang dan hanya bahagian dalaman bijirin yang berkanji(lebih kurang 80% daripada bijirin penuh) yang digunakan. Makanan bijirin penuh mengandungi sama ada kernel gandum yang utuh, parut atau patah, kernel yang dikisar secara kasar ataupun tepung yang diperbuat daripada bijirin penuh(tepung bijirin penuh). Ulasan ini telah menilai kesan makanan bijirin penuh dan serat bijirin(sebagai petanda pemakanan makanan bijirin penuh) dalam pencegahan T2DM dengan menggunakan semua kajian kohort bakal dan percubaan terkawal rawak yang sedia ada. Hanya satu percubaan terkawal rawak yang ditemui dan ia adalah berkualiti rendah dari segi metodologinya. Kajian ini telah menyiasat 12 orang yang lebih berat badan untuk enam minggu tentang kesan pengambilan makanan bijirin halus berbanding dengan makanan bijirin penuh dari segi sensitiviti insulin(faktor risiko untuk mendapat T2DM). Pemakanan makanan bijirin penuh telah menunjukkan peningkatan sensitiviti insulin yang sedikit, meningkatkan pergerakan usus dan tiada kesan buruk. Tiada maklumat yang diberikan tentang kepuasan pesakit, kualiti hidup berkaitan dengan kesihatan, jumlah kematian dan morbiditi. Di samping itu, sebelas pengajian bakal kohort yang ditemui. Satu kajian telah dijalankan di Finland dan kajian yang selebihnya di Amerika Syarikat di mana tujuh kajian telah dijalankan dalam kalangan pekerja dalam bidang kesihatan. Kualiti sesetengah kajian adalah terhad. Mereka secara konsisten telah menunjukkan bahawa pemakanan bijirin penuh atau serat bijirin yang tinggi dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk mendapat T2DM. Walau bagaimanapun, bukti-bukti bahawa kesan pelindung hanya boleh diambilkira sebagai lemah disebabkan ia datang dari pengajian bakal kohort yang reka bentuk jenis kajian sedemikian tidak membuktikan hubungan sebab dan akibat. Percubaan rawak terkawal yang direka dengan baik diperlukan supaya dapat membuat kesimpulan yang jelas tentang kesan-kesan pemakanan bijirin penuh terhadap pencegahan T2DM.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor's University, Malaysia). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information