Tiada bukti saintifik rapi yang mengaitkan berat badan berlebihan atau obesiti dengan peningkatan risiko strok.
Berat badan berlebihan dan obesiti adalah masalah kesihatan awam yang penting dan dikaitkan dengan banyak keadaan kesihatan yang serius termasuk strok yang merupakan penyebab utama kematian dan kehilangan upaya jangka panjang yang teruk. Adalah logik penurunan berat badan dalam kalangan orang yang berat badan berlebihan atau obes mempunyai kesan kesihatan positif untuk menurunkan bilangan dan akibat strok. Berat badan berlebihan didefinisi sebagai "indeks jisim tubuh" (BMI) di antara 25.0 and 29.9 kg/m2, jika berat dalam kilogram dibahagi dengan ketinggian dalam meter, dan obesiti sebagai BMI bersamaan dengan atau lebih besar daripada 29.9 kg/m2.
Walaupun dengan carian menyeluruh kesusasteraan sedia ada, kami tidak dapat mengenal pasti sebarang kajian berkualiti yang menyiasat hubungan di antara penurunan berat badan dan kejadian strok. Jika orang yang berat badan berlebihan atau obes ingin mengurangkan profil risiko mereka dengan menurunkan berat badan, mereka perlukan bukti kukuh untuk berbuat demikian kerana setiap intervensi mungkin mempunyai akibat negatif juga, contohnya kehilangan dan mendapat semula berat badan ("kitaran berat badan") dikaitkan dengan kesihatan yang berbahaya seperti penyakit kardiovaskular. Terdapat keperluan yang mendesak untuk penyelidikan yang lengkap (kajian klinikal rawak terkawal yang baik),agar dapat menyediakan nasihat yang lebih baik di masa akan datang.
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.