Apakah isunya?
Adakah Cardiotocography berterusan (CTG) secara elektronik memantau degupan jantung dan kesejahteraan bayi semasa proses bersalin lebih baik untuk mengenal pasti masalah daripada mendengar secara berkala?
Mengapakah ini penting?
Pemantauan denyutan jantung bayi adalah satu cara untuk memeriksa kesejahteraan bayi semasa proses bersalin. Mendengar atau merakamkan denyutan jantung bayi, bertujuan untuk mengenal pasti bayi yang mengalami kekurangan oksigen (hipoksia) dan bayi yang boleh mendapat manfaat daripada bersalin awal dengan pembedahan caesarean atau kaedah kelahiran vagina instrumental
Denyutan jantung bayi boleh dipantau secara berkala dengan menggunakan stetoskop janin Pinard (alat istimewa berbentuk trompet), atau peranti doppler yang dipegang dengan tangan. Denyutan jantung juga boleh diperiksa secara berterusan dengan menggunakan mesin CTG. Ia mengeluarkankan rakaman kertas kadar jantung bayi dan pengecutan rahim ibu semasa proses bersalin. Walaupun berterusan CTG menyediakan rekod bertulis, ibu-ibu tidak boleh bergerak bebas semasa bersalin, menukar kedudukan dengan mudah, atau menggunakan kolam bersalin untuk membantu dengan keselesaan dan kawalan semasa kelahiran. Ia juga bermakna bahawa beberapa sumber cenderung untuk memberi tumpuan kepada keperluan untuk sentiasa mentafsirkan CTG dan tidak kepada keperluan wanita semasa bersalin.
Apakah bukti yang kami dapati?
Kami mencari bukti pada 30 November 2016, tetapi mendapati tiada kajian baru untuk kemas kini ini. Kami melibatkan 12 kajian yang membandingkan pemantauan CTG berterusan dengan mendengar berkala, dan satu kajian membandingkan CTG berterusan dengan CTG berkala. Kesemua kajian melibatkan lebih 37,000 wanita. Tiada kajian berbanding CTG berterusan tanpa pemantauan. Kebanyakan kajian telah dilaksanakan sebelum 1994, dan selain dari dua, tidak berkualiti tinggi. Kebanyakan kajian tidak berkualiti tinggi dan ulasan didominasi oleh satu kajian besar, yang dijalankan dengan baik bagi hampir 13,000 wanita menerima penjagaan satu-ke-satu sepanjang proses bersalin. Membran ibu-ibu dipecah seawal mungkin dan kira-kira satu perempat menerima oxytocin untuk merangsang kontraksi.
Secara keseluruhan, tiada perbezaan dalam bilangan bayi yang meninggal dunia semasa atau sejurus selepas dilahirkan (kira-kira satu dalam 300). Sawan neonatal jarang berlaku dikalangan bayi (kira-kira satu dalam 500 kelahiran), tetapi ia kurang berlaku apabila CTG berterusan telah digunakan untuk memantau kadar jantung janin. Tiada perbezaan dalam kejadian cerebral palsi, bagaimanapun, lain-lain kesan jangka panjang masih tidak dinilai sepenuhnya dan memerlukan kajian lanjut. Pemantauan berterusan dikaitkan dengan peningkatan yang ketara kelahiran secara pembedahan caesarean (kualiti bukti rendah) dan kelahiran vagina berinstrumen (kualiti bukti rendah). Walaupun kedua-dua kaedah membawa risiko untuk para ibu, ini tidak dinilai dalam kajian yang disertakan.
Tiada perbezaan dalam jumlah asidosis darah tali pusat (kualiti bukti yang sangat rendah), atau wanita yang menggunakan ubat-ubatan untuk melegakan kesakitan (kualiti bukti rendah) diantara kumpulan.
Berbanding dengan CTG berkala, CTG berterusan tidak memberi sebarang perbezaan kepada berapa ramai wanita yang menjalani pembedahan caesarean atau kelahiran instrumental. Terdapat kekurangan asidosis darah tali pusat di kalangan wanita yang mempunyai CTG berkala tetapi keputusan ini mungkin disebabkan oleh kejadian rambang.
Apakah maksud ini?
Kebanyakan kajian telah dijalankan bertahun-tahun lalu dan menunjukkan manfaat dan masalah dengan kedua-dua kaedah pemantauan kesejahteraan bayi semasa proses bersalin. CTG berterusan dikaitkan dengan kekurangan sawan untuk bayi walaupun terdapat perbezaan dalam cerebral palsi; kedua-duanya adalah peristiwa yang jarang berlaku. Walau bagaimanapun, CTG berterusan juga dikaitkan dengan peningkatan bilangan pembedahan caesarean dan kelahiran instrumental, kedua-duanya membawa risiko kepada ibu. CTG berterusan juga membuat pergerakan dan mengubah kedudukan sukar semasa bersalin bersalin dan wanita tidak dapat menggunakan kolam bersalin. Ini boleh memberi kesan kepada strategi penguasaan wanita Wanita dan doktor mereka perlu membincangkan keperluan individu seseorang wanita dan keinginannya dalam pemantauan kesejahteraan bayi semasa proses bersalin
Kajian yang akan datang perlu memberi tumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehamilan dan proess bersalin yang boleh menjadi punca masalah jangka panjang untuk bayi.
Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hospital Sdn Bhd,JB). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my..