Apakah isunya?
Peringkat kedua proses bersalin adalah peringkat meneran, daripada serviks mengembang sepenuhnya (untuk 10 cm) sehingga bayi itu dilahirkan. Janin lemas, kegagalan untuk maju, ibu keletihan atau keadaan perubatan dimana meneran berpanjangan adalah merbahaya, boleh merumitkan peringkat ini. Mengunakan tekanan fundus dengan menekan pada perut ibu ke arah terusan kelahiran sering digunakan untuk membantu kelahiran vagina yang spontan, memendekkan tempoh peringkat kedua dan boleh mengurangkan keperluan untuk kelahiran yang mengunakan peralatan (dibantu forsep atau vakum) atau secara pembedahan caesarean. Ia adalah relevan terutamanya dalam persekitaran di mana pilihan untuk kelahiran pembedahan adalah terhad atau tidak diperolehi. Tekanan manual boleh digunakan setiap kali wanita mengalami kontraksi. Selain itu tali pinggang kembung boleh dipakai yang mengembung dengan memberi tekanan semasa kontraksi.
Ulasan ini bertujuan untuk menjawab sama ada tekanan fundus semasa kontraksi dalam peringkat kedua proses kelahiran membantu wanita melahirkan melalui vagina, dan sama ada ia menyebabkan apa-apa akibat yang negatif terhadap wanita atau bayi beliau yang belum lahir.
Kenapa ianya penting?
Proses bersalin yang berpanjangan kadang-kadang boleh menjadi berbahaya bagi sesetengah wanita dan bayi mereka. Kadang-kadang bayi yang belum lahir dan wanita boleh menjadi letih semasa proses bersalin dan kelahiran. Di kebanyakan negara, terdapat profesional yang terlatih yang boleh membantu dengan vakum, forsep atau secara pembedahan caesarean. Namun dalam negara-negara lain, sumber-sumber ini sering kekurangan, dan proses bersalin berpanjangan boleh mengancam nyawa. Tekanan fundus rahim boleh membantu wanita untuk melahirkan. Tekanan fundus juga mungkin boleh meningkatkan komplikasi untuk bayi dan ibu. Tidak ada banyak pengetahuan tentang topik ini, dan ini adalah penting untuk mengetahui bagaimana teknik ini mungkin menjejaskan wanita dan bayi-bayi mereka.
Apakah bukti yang kita dapati?
Ulasan Cochrane yang dikemaskini ini mendapati sembilan kajian rawak terkawal yang melibatkan 3948 wanita ( tarikh carian 30 November 2016). Kelima-lima kajian (melibatkan 3057 wanita) melihat tekanan fundus secara manual berbanding tiada tekanan fundus dan empat kajian (melibatkan 891 wanita) melihat tekanan fundus menggunakan tali pinggang mengembung.
Kami tidak mendapati bukti bahawa tekanan fundus secara manual memberi perbezaan kepada bilangan wanita yang melahirkan secara vagina dalam masa yang tertentu (kualiti bukti yang sangat rendah), atau mempunyai kelahiran mengunakan peralatan, pembedahan caesarean, atau kelahiran vagina (bukti yang sangat rendah). Masa diambil oleh wanita untuk melahirkan apabila meneran tidak dipengaruhi oleh tekanan fundus manual (kualiti bukti sangat rendah). Bilangan bayi yang tidak dapat mengatasi dengan baik proses bersalin dan mempunyai pH arteri talipusat yang rendah, atau skor Apgar yang rendah adalah setara samada ibu mereka mendapat tekanan fundus atau tidak (kesemuanya kualiti bukti yang sangat rendah). Tiada bayi yang meninggal dunia dalam mana-mana kumpulan. Kajian-kajian tidak melaporkan masalah-masalah yang mungkin teruk atau kematian wanita.
Bagi wanita yang melahirkan untuk kali pertama, tekanan fundal dengan tali pinggang kembung mungkin bermakna bahawa wanita kurang mengalami kelahiran peralatan atau kelahiran caesarean (kualiti bukti yang sangat rendah), tetapi bukti tidak jelas. Di kalangan wanita ini, tali pinggang kembung bererti mereka meneran bagi masa yang kurang berbanding wanita yang meneran tanpa tali pinggang (kualiti bukti yang sangat rendah). Tali pinggang kembung tidak membuat apa-apa perbezaan pada bilangan wanita yang mempunyai pembedahan caesarean, bayi dengan pH arteri talipusat yang rendah (kualiti bukti yang renaah), atau skor Apgar lima minit selepas kelahiran (bukti-bukti sangat rendah-mutu). Tiada kajian melaporkan jika wanita melahirkan dalam tempoh masa yang diberikan, bilangan bayi yang meninggal dunia atau kemungkinan masalah yang serius atau kematian wanita. Tiada kajian mengunakan tali pinggang di kalangan wanita yang telah melahirkan sebelum.
Apakah maknanya?
Bukti tidak mencukupi daripada kajian terkawal rawak untuk menunjukkan sama ada tekanan fundal manual atau tekanan fundal dengan tali pinggang kembung adalah cara-cara yang berkesan untuk memendekkan peringkat meneran dalam proses bersalin dan mengelakkan kelahiran peralatan, dan sama ada teknik adalah selamat. Jadi pada masa ini tidak mencukupi bukti-bukti untuk menyokong penggunaan tekanan fundus oleh apa-apa kaedah dalam peringkat kedua proses bersalin.
Kajian-kajian masa depan harus berkualiti baik, jelas menggambarkan bagaimana tekanan fundus digunakan, dan tumpuan keselamatan bayi yang belum lahir, keadaan perineum, jangka panjang hasil ibu dan kepuasan ibu-ibu.
Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penanag Medical Collage). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hosp Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.