Soalan penyelidikan
Ringkasan ulasan Cochrane ini membentangkan apa yang kami ketahui mengenai kesan allopurinol berbanding plasebo atau rawatan lain yang merendahkan aras asid urik dalam merawat pesakit gout kronik. Ulasan adalah terkini sehingga Januari 2014.
Latar belakang: apa itu gout kronik dan apakah allopurinol?
Gout kronik ialah keradangan artritis yang lazim akibat aras asid urik dalam darah yang tinggi membawa kepada pembentukan kristal di dalam sendi-sendi. Allopurinol ialah ubatan yang membantu merendahkan aras asid urik dalam darah.
Ciri-ciri kajian
Selepas carian semua kajian yang relevan, kami menemui 11 kajian yang melibatkan 4531 orang dewasa yang menghidap gout kronik. Dua kajian membandingkan pelbagai dos allopurinol (dari 100 hingga 300 mg sehari) dengan plasebo; empat membandingkan allopurinol dengan febuxostat; dua membandingkan allopurinol dengan benzbromarone; dan setiap satu kajian membandingkan allopurinol dengan colchicine atau probenecid. Dua kajian membandingkan dos-dos rawatan yang berbeza atau kaedah pengambilan allopurinol. Kami mengambil kira allopurinol berbanding dengan plasebo sebagai perbandingan utama, dan memaparkan keputusan penuh di bawah.
Keputusan utama
Allopurinol 100 hingga 300 mg setiap hari berbanding plasebo
Serangan gout akut
- kurang 4 orang dari 100 mengalami serangan gout akut dengan allopurinol 100 hingga 300 mg sehari berbanding dengan plasebo (4% pengurangan absolut).
- 8 orang dari 100 mengalami serangan gout akut dengan allopurinol.
- 12 orang dari 100 mengalami serangan gout akut dengan plasebo.
Perkadaran peserta yang mencapai serum urate yang disasarkan
- lebih 96 orang dari 100 mencapai aras serum urate yang disasarkan dengan allopurinol (96% peningkatan absolut).
- 96 orang dari 100 mencapai serum urate yang disasarkan dengan allopurinol.
- 0 orang dari 100 mencapai serum urate yang disasarkan dengan plasebo.
Tarik diri kerana kejadian buruk
- lebih 2 orang dari 100 menarik diri kerana kejadian buruk dengan allopurinol (2% peningkatan absolut)
- 6 orang dari 100 menarik diri kerana kejadian buruk dengan allopurinol.
- 4 orang dari 100 menarik diri kerana kejadian buruk dengan plasebo.
Kesan buruk yang serius
- lebih 1 orang dari 100 mengalami kejadian buruk yang serius dengan allopurinol (1% peningkatan absolut).
- 2 orang dari 100 mengalami kejadian buruk yang serius dengan allopurinol.
- 1 orang dari 100 mengalami kejadian buruk yang serius dengan plasebo.
Kesakitan, fungsi dan regresi tofus tidak dilaporkan dengan perincian yang cukup untuk persembahan keputusan.
Kualiti bukti
Dalam kalangan penghidap gout kronik, bukti berkualiti sederhana menunjukkan, berbanding dengan plasebo, allopurinol (100 hingga 300 mg sehari) mungkin tidak mengurangkan bilangan serangan gout akut, tetapi meningkatkan perkadaran yang mencapai aras serum urate yang disasarkan, tanpa peningkatan penarikan diri akibat AEs atau kadar kejadian buruk yang serius. Kajian lanjut mungkin mengubah anggaran ini. Kesakitan dan regres tofus tidak dilaporkan secukupnya untuk pengiraan perbezaan kumpulan. Fungsi yang tidak diukur.
Dalam kalangan penghidap gout kronik, berbanding dengan febuxostat (80 mg sehari), bukti berkualiti rendah menunjukkan allopurinol (100 hingga 300 mg sehari) mungkin tidak mengurangkan bilangan serangan gout akut, dan mungkin kurang berkesan dalam mencapai aras serum urate yang disasarkan, tanpa peningkatan penarikan diri yang disebabkan oleh AEs, atau kadar kejadian buruk yang serius. Kajian lanjut mungkin menukar anggaran ini. Regresi tofus tidak dilaporkan secukupnya untuk pengiraan perbezaan kumpulan. Kesakitan dan fungsi tidak diukur.
Dalam kalangan penghidap gout kronik, berbanding dengan benzbromarone (sehingga 200 mg sehari), allopurinol (sehingga 600 mg sehari) mungkin tidak mengurangkan bilangan serangan gout akut (bukti berkualiti rendah), berkemungkinan tidak meningkatkan perkadaran yang mencapai aras serum urate yang disasarkan, atau penarikan diri kerana AEs atau kadar kejadian buruk yang serius (bukti berkualiti sederhana). Kajian lanjut mungkin menukar anggaran ini. Regresi tofus tidak dilaporkan secukupnya untuk pengiraan perbezaan kumpulan dan kesakitan dan fungsi tidak diukur.
Bukti telah diturunkan gred kerana limitasi dalam rekabentuk kajian yang menunjukkan potensi bias, dan kemungkinan ketidaktepatan. Perbandingan-perbandingan lain hanya disokong oleh kajian yang kecil dan kajian tunggal, menghadkan kesimpulan.
Diterjemahkan Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.