Orang yang menjalani pembedahan kelenjar tiroid dianggap berisiko mengalami masalah distres respiratori, jangkitan luka, pengumpulan cecair yang berlebihan dan peningkatan inap di hospital. Kebimbangan mengenai komplikasi ini membawa pakar bedah untuk memasukkan saliran paip selepas prosedur. Ulasan ini tidak menemui bukti manfaat dalam penggunaan saliran untuk meningkatkan hasil pesakit, tetapi penggunaannya mungkin dikaitkan dengan peningkatan tempoh inap di hospital.
Jika anda mendapati bukti ini membantu, sila pertimbangkan untuk menderma kepada Cochrane. Kami adalah badan amal yang menghasilkan bukti yang boleh diakses untuk membantu orang ramai membuat keputusan kesihatan dan penjagaan.
Nota terjemahan:
Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.