Mesej-mesej utama
- Pembedahan lubang kunci ditemui berkaitan dengan kesakitan yang kurang dan penginapan di hospital yang kurang untuk penderma berbanding dengan pembedahan terbuka.
- Buah pinggang yang dikeluarkan menggunakan pembedahan terbuka atau dengan teknik bantuan tangan adalah kekurangan oksigen untuk tempoh masa yang pendek berbanding dengan standard atau teknik pembedahan lubang kunci robotik.
Mengapa menggunakan pembedahan lubang kunci dan bukannya pembedahan tradisional untuk orang yang mendermakan buah pinggang?
Mengeluarkan buah pinggang yang sihat untuk transplantasi boleh dilakukan dengan pembedahan terbuka (satu potongan besar) atau pembedahan lubang kunci (beberapa potongan kecil). Banyak jenis pembedahan lubang kunci sedang digunakan masa kini, termasuk pembedahan lubang kunci dengan bantuan tangan dan pembedahan lubang kunci bantuan robot. Walau bagaimanapun, dengan semua jenis pembedahan, terdapat potensial komplikasi, termasuk kesakitan, tempoh prosedur, kehilangan darah dan masa yang dihabiskan di hospital.
Apakah yang telah kami temui?
Kami ingin mengetahui sama ada pembedahan lubang kunci meningkatkan hasil dalam orang yang menderma buah pinggang berbanding dengan pembedahan tradisional.
Apakah yang telah kami lakukan?
Kami telah mencari semua kajian yang menilai manfaat dan kemudaratan dalam orang yang menderma buah pinggang yang diagihkan secara rawak kepada pembedahan lubang kunci atau tradisional. Kami telah membandingkan dan merumuskan keputusan kajian dan menilai tahap keyakinan kami dalam maklumat berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.
Apakah yang telah kami temui?
Dua belas kajian telah membandingkan 1230 penderma buah pinggang yang sihat dengan menggunakan beberapa jenis pembedahan tersebut. Pembedahan lubang kunci standard ditemui berkaitan dengan kesakitan yang kurang dan penginapan di hospital yang kurang untuk penderma berbanding dengan pembedahan terbuka. Buah pinggang yang dikeluarkan dengan menggunakan teknik pembedahan terbuka atau dengan bantuan tangan adalah kekurangan oksigen untuk tempoh masa yang pendek berbanding dengan standard atau teknik pembedahan lubang kunci robotik. Komplikasi yang memerlukan rawatan lanjut, pembedahan, atau kedua-duanya adalah rendah dengan semua jenis pembedahan.
Apakah batasan bukti?
Terdapat kekurangan kajian untuk membandingkan pembedahan lubang kunci dengan bantuan robotik yang baru dengan pembedahan jenis lain.
Sejauh manakah bukti ini terkini?
Bukti ini terkini sehingga 31 Mac 2024.
Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Kuan Pei Xuan (Institute for Clinical Research). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia).