Kawalan tekanan darah untuk retinopati diabetis

Soalan ulasan

Adakah kawalan tekanan darah mencegah retinopati diabetis atau melambatkan progresinya?

Latar belakang

Diabetis diciri oleh gula yang tinggi dalam darah (gula yang beredar dalam darah) dan diklasifikasikan sebagai samada jenis 1 atau jenis 2, bergantung kepada punca peningkatan gula dalam darah. Komplikasi lazim dalam kalangan orang dengan diabetis ialah retinopati diabetis, sering dikenali sebagai 'penyakit mata diabetis', yang mempengaruhi saluran darah di bahagian belakang mata. Retinopati diabetis adalah punca utama penglihatan yang lemah dan kebutaan di seluruh dunia dalam kalangan dewasa kumpulan umur yang bekerja. Kawalan gula dalam darah mengurangkan risiko retinopati diabetis dan mencegah keadaan menjadi lebih teruk sebaik ia terjadi. Rawatan serentak untuk kurangkan tekanan darah dalam kalangan pesakit diabetis telah dicadangkan sebagai pendekatan lain untuk mengurangkan risiko perkembangan dan keburukan retinopati diabetis di bawah risiko yang dicapai oleh kawalan glukosa darah.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati 29 kajian rawak terkawal (sejenis kajian di mana peserta diletakkan secara rawak kepada salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan), dijalankan terutamanya di Amerika Utara dan Eropah, melihat kesan beberapa kaedah untuk menurunkan tekanan darah dalam kalangan 4620 pesakit jenis 1 dan 22,565 jenis 2, dengan 16 hingga 4477 peserta dalam kajian-kajian individu. Tempoh rawatan dan susulan dalam kajian-kajian ini adalah antara kurang dari satu tahun hingga sembilan tahun. Lapan kajian dibiayai penuh oleh satu atau lebih syarikat ubatan. Sepuluh kajian lain menerima sokongan syarikat ubatan, lazimnya dalam bentuk ubatan yang digunakan dalam kajian. Selebih 11 lagi kajian telah dijalankan dengan sokongan geran tajaan kerajaan dan sokongan institusi atau tidak melaporkan sumber pembiayaan. Bukti adalah terkini sehingga September 2021.

Keputusan utama

Secara keseluruhan, bukti daripada 19 kajian di mana peserta dirawat selama 5 tahun atau lebih memberi sokongan sederhana untuk menurunkan tekanan darah bagi mencegah retinopati diabetis. Walau bagaimanapun, mengurangkan tekanan darah tidak menghalang retinopati diabetis bertambah buruk sebaik ia terjadi atau mencegah retinopati diabetis peringkat lanjut yang memerlukan rawatan mata yang terjejas. Bukti menyokong kawalan tekanan darah pesakit diabetis jenis 2 yang hipertensif untuk lebih hasil daripada penurunan tekanan darah dalam kalangan peserta dengan tekanan darah normal. Rawatan untuk mengurangkan tekanan darah dalam kalangan pesakit diabetis dibenarkan untuk sebab-sebab kesihatan yang lain, tetapi bukti sedia ada tidak memberi justifikasi pengurangan tekanan darah dalam kalangan pesakit diabetis dengan tekanan darah normal semata-mata untuk mencegah atau melambatkan retinopati diabetis.

Kualiti bukti

Secara keseluruhan, kualiti bukti adalah rendah hingga sederhana berdasarkan maklumat yang dilaporkan kerana sesetengah kajian tidak melaporkan semua hasil yang telah ditetapkan, dan keputusan daripada kajian yang berbeza tidak selalu konsisten.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Dikemskini. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia).Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information