Antikoagulan oral berbanding terapi antiplatelet untuk mencegah strok dalam kalangan pesakit dengan pemfibrilan atrium bukan valvular dan tiada sejarah strok atau serangan iskemia transien

Pemfibrilan atrium (AF) ialah denyutan jantung tak regular yang menyebabkan pembentukan klot darah di ruang atas jantung (atrium). Klot boleh berpecah dan bergerak melalui aliran darah ke otak dan menyebabkan strok. Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan, seperti antikoagulan oral (warfarin dan derivatif coumarin lain) dan agen antiplatelet (aspirin dan lain-lain), mengurangkan risiko strok dalam kalangan pesakit dengan pemfibrilan atrium. Di dalam ulasan lapan kajian rawak yang merangkumi 9598 pesakit ini, antikoagulan oral menunjukkan pengurangan risiko strok sebanyak satu pertiga dalam kalangan pesakit AF bukan valvular dan tanpa serangan strok terdahulu atau serangan iskemia transien berbanding agn antiplatelet sahaja. Agen antiplatelet mengurangkan strok sebanyak kira-kira 20% dalam kalangan pesakit AF berbanding tiada rawatan, memberikan pilihan terapeutik yang kurang berkesan bagi mereka yang dianggap tidak layak untuk terapi antikoagulasi. Ambang manfaat mutlak yang mewajarkan antikoagulasi masih kontroversial dan bergantung kepada pilihan pesakit dan ketersediaan pemantauan antikoagulasi yang optimum.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi Chris_ZY@live.com .

Tools
Information