Penyampaian penjagaan dan strategi pengurusan diri untuk kanak-kanak yang mengalami epilepsi

Latar belakang

Epilepsi adalah gangguan yang menjejaskan sistem saraf kanak-kanak dan orang dewasa. Sawan epilepsi adalah akibat daripada aktiviti berlebihan dan tidak normal di dalam otak, yang tidak dapat diramalkan kekerapannya. Sebilangan besar sawan dapat dikawal dengan baik dengan ubat-ubatan dan jenis rawatan lain, walaupun epilepsi boleh menyebabkan masalah dalam situasi sosial, sekolah dan kerja, menjadikan hidup bebas sukar. Orang yang mengalami penyakit sawan cenderung mengalami masalah fizikal (contohnya patah, lebam dan peningkatan risiko kematian sedikit secara tiba-tiba) serta masalah sosial kerana stigma yang terdapat bersama-sama pada penyakit. Orang yang mempunyai epilepsi dan keluarga mereka mungkin kurang mendapat sokongan sosial atau mengalami pengasingan sosial, malu, ketakutan dan diskriminasi, dan sesetengah ibu bapa yang mempunyai anak epilepsi juga mungkin berasa bersalah. Pengurusan diri epilepsi merujuk kepada pelbagai tingkah laku dan aktiviti kesihatan yang seseorang boleh belajar dan menyesuaikan diri untuk mengawal penyakit sawan mereka dan memperbaiki kesejahteraan mereka. Pendekatan ini memerlukan perkongsian antara orang dan penyedia perkhidmatan (contohnya pakar klinik pesakit luar epilepsi, perkhidmatan perhubungan berasaskan jururawat antara doktor keluarga dan doktor hospital pakar, pasukan komuniti pakar epilepsi), serta perkhidmatan yang disasarkan untuk kumpulan tertentu (misalnya kanak-kanak, remaja dan keluarga).

Ciri-ciri kajian

Kami mencari pangkalan data saintifik untuk kajian pada kanak-kanak dan remaja dengan epilepsi yang melihat pada kesan pengurusan diri epilepsi. Kami ingin melihat beberapa hasil untuk melihat sejauh mana orang yang menghidap epilepsi dan keluarga mereka secara amnya menghadapi keadaan tersebut.

Tarikh pencarian

Kami menyertakan bukti yang diterbitkan sehingga Januari 2020.

Hasil-hasil utama kajian

Ulasan ini membandingkan tujuh program pengurusan diri berasaskan pendidikan atau kaunseling untuk kanak-kanak dan remaja yang menghidap epilepsi, serta satu cara baharu untuk menyampaikan penjagaan kejururawatan. Setiap strategi muncul untuk memperbaiki beberapa hasil yang dikaji, walaupun tiada intervensi dapat meningkatkan semua hasil yang diukur. Kajian juga mempunyai masalah dengan kaedah mereka, yang menjadikan keputusan mereka kurang dipercayai. Walaupun intervensi menyebabkan sebarang kemudaratan, kesannya adalah terhad. Tiada bukti yang mencukupi untuk menyokong mana-mana strategi tunggal sebagai yang terbaik untuk kanak-kanak dengan epilepsi.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah rendah kerana semua kajian yang disertakan mempunyai masalah dalam cara ia dijalankan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information