Insulin bertindak pertengahan berbanding dengan insulin bertindak lama untuk penyakit kencing manis jenis 1

Kencing manis jenis 1 adalah penyakit kronik dengan komplikasi jangka pendek dan panjang. Rawatan untuk penyakit ini adalah memberi insulin, dengan persediaan insulin basal dan bolus menjadi komponen utamanya. Insulin Neutral Protamine Hagedorn (NPH) sebelum ini telah dianggap sebagai standard penjagaan bagi penggantian insulin basal dalam pengurangan glukosa darah untuk orang-orang dengan diabetes mellitus jenis 1. Selama bertahun-tahun, insulin lebih baru dan bertindak lebih lama dengan profil tindakan fisiologi yang lebih banyak telah disediakan: insulin ultralente, dan kemudian insulin glargine dan insulin detemir. Kelebihan teori mereka membawa kepada pemikiran ke atas kesan yang baik terhadap paras glukosa dan kadar komplikasi, seperti tahap glukosa yang sangat rendah atau komplikasi jangka panjang. Ulasan ini bertujuan untuk menilai adakah kelebihan teori ini diterjemahkan ke dalam manfaat kehidupan sebenar, dengan membandingkan kesan insulin bertindak lama dengan insulin bertindak pertengahan dalam kawalan penyakit kencing manis.
Dua puluh tiga kajian telah memenuhi kriteria kemasukan kami dengan jumlah peserta 3872 dan 2915 dalam kumpulan intervensi dan kumpulan kawalan masing-masing. Kualiti metodologi dalam semua kajian ini telah diberi nilai pertengahan hingga rendah. Tempoh percubaan adalah tidak lebih daripada satu tahun. Tahap hemoglobin glikosilasi, penanda kawalan kencing manis, adalah lebih rendah dalam kumpulan insulin yang bertindak lama, tetapi perbezaan yang diperhatikan adalah tidak pasti kepada signifikan klinikal. Insulin bertindak lama adalah kebanyakannya memberi kesan pada waktu malam, yang mengakibatkan tahap glukosa rendah semasa puasa dan sedikit episod hipoglisemia waktu malam. Tiada data yang terdapat dalam komplikasi jangka panjang.
Data yang sedia ada pada masa ini tidak boleh menyokong kesimpulan mengenai manfaat dan risiko insulin bertindak lama, dan data jangka panjang adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information