Soalan sorotan
Kemaskini sorotan sistematik Cochrane ini bertujuan melihat bukti perbandingan sedasi dengan anestesia umum untuk membantu kanak-kanak (sehingga umur 18 tahun) yang menjalani rawatan pergigian. Kami ingin melihat (jika ada) pendekatan yang membolehkan rawatan pergigian dibuat dengan selamat dan berkesan.Kami juga berminat untuk melihat kos relatif setiap pendekatan.
Latarbelakang
Pada masa ini, kanak-kanak yang tidak dapat menjalani rawatan pergigian dengan anestesia setempat diberi anestesia umum atau sedasi. Pilihan ini bergantung kepada beberapa faktor misalnya keutamaan pesakit atau doktor pergigian, kos prosedur atau peraturan setempat.Sesetengah orang percaya sedasi adalah lebih baik kerana lebih disukai pesakit dan mungkin lebih murah.
Kaedah
Untuk sorotan asal, kami mencari pangkalan data sehingga Oktober 2008. Bagi sorotan ini, kami mencari pangkalan data berikut sehingga Julai 2015: CENTRAL, MEDLINE, EMBASE, LILACS dan ISI Web of Science.
Keputusan utama
Malangnya, kami tidak dapat mengenalpasti sebarang kajian rawak terkawal berkenaan tajuk ini.Kajian-kajian ini adalah perlu untuk membuat perbandingan tentang anestesia pergigian umum dan sedasi, bagi mengukur perbezaan-perbezaan dari aspek morbiditi dan kos.
Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my