‘Vertebroplasty’ untuk merawat fraktur spina akibat osteoporosis

Latar belakang

Osteoporosis digambarkan oleh ciri tulang yang nipis, rapuh dan boleh menyebabkan fraktur trauma minimal tulang belakang (vertebra). Ia boleh menyebabkan sakit yang teruk dan hilang upaya.

‘Vertebroplasty’ melibatkan suntikan simen gred perubatan ke dalam vertebra yang fraktur, di bawah sedasi ringan atau anestesia umum. Simen tersebut mengeras di dalam ruang tulang untuk membentuk sebuah acuan dalaman.

Ciri-ciri kajian

Ulasan Cochrane ini adalah terkini sehingga November 2017. Kajian-kajian tersebut membandingkan ‘vertebroplasty’ dengan plasebo (tiada simen disuntik) (lima kajian, 541 peserta); penjagaan biasa (lapan kajian, 1136 peserta); ‘kyphoplasty’ (sama caranya, tetapi sebiji belon dikembangkan dalam vertebra sebelum simen disuntik; tujuh kajian, 968 peserta) dan suntikan steroid ke facet sendi (satu kajian, 217 peserta). Kajian-kajian dijalankan di hospital-hospital di 15 negara, majoriti peserta adalah wanita, purata umur di antara 63.3 dan 80 tahun dan tempoh gejala adalah dari seminggu hingga 6 bulan atau lebih. Lapan kajian menerima pembiayaan daripada para pengilang peranti perubatan dan hanya dua kajian melaporkan mereka tidak berperanan dalam kajian tersebut.

Keputusan utama

Berbanding prosedur plasebo (palsu), ‘vertebroplasty’ menghasilkan sedikit manfaat pada tempoh satu bulan:

Sakit (skor lebih rendah bermakna kurang sakit)

Telah menambahbaik sebanyak 7% (dari 3% lebih baik ke 12% lebih baik), atau 0.7 mata (dari 0.3 lebih baik ke 1.2 lebih baik) pada skala kosong-0 hingga 10-mata.

.• Orang yang menerima ‘vertebroplasty’ menilai sakit mereka sebanyak 4.3 mata.

• Orang yang menerima plasebo menilai sakit mereka sebanyak 5 mata.

Hilang upaya (skor lebih rendah bermakna kurang kehilangan upaya)

Menambahbaik sebanyak 7% (dari 2% lebih baik ke 11% lebih baik), atau 1.5 mata (dari 0.4 lebih baik ke 2.6 lebih baik) pada skala 23-mata.

• Orang yang menerima ‘vertebroplasty’ menilai tahap hilang upaya mereka sebagai 12.7 mata.

• Orang yang menerima plasebo menilai tahap hilang upaya mereka sebagai 14.2 mata.

Keretakan vertebra atau kualiti hidup dengan osteoporosis (skor lebih rendah bermakna kualiti hidup lebih baik)

Menambahbaik sebanyak 2% (dari 1% lebih teruk ke 6% lebih baik), atau menambahbaik sebanyak 2.33 mata (1.41 lebih buruk ke 6.06 lebih baik) pada skala 100-mata.

• Orang yang menerima ‘vertebroplasty’ menilai kualiti hidup mereka yang dikaitkan dengan fraktur sebagai 59.7 mata.

• Orang yang menerima plasebo menilai kualiti hidup mereka yang dikaitkan dengan fraktur sebagai 62 mata.

Kualiti hidup keseluruhan (skor lebih tinggi bermakna kualiti hidup lebih baik)

Telah menambahbaik 5% (1% lebih baik hingga 9% lebih baik), atau 0.05 unit (0.01 lebih baik hingga 0.09 lebih baik) pada skala kosong = kematian hingga satu = sihat sempurna.

• Orang yang menerima ‘vertebroplasty’ menilai kualiti hidup keseluruhan mereka sebagai 0.43 mata.

• Orang yang menerima plasebo menilai kualiti hidup keseluruhan mereka sebagai 0.38 mata.

Kejayaan rawatan (ditakrifkan sebagai sakit sederhana atau jauh lebih baik)

Lebih 9% pesakit menilai rawatan mereka berjaya (11% kurang ke 29% lebih banyak), atau lebih sembilan orang daripada 100 orang.

• 32 daripada 100 orang melaporkan kejayaan rawatan dengan ‘vertebroplasty’.

• 23 daripada 100 orang melaporkan kejayaan rawatan dengan plasebo.

Perbandingan plasebo atau rawatan biasa:

Fraktur vetebra simptomatik baharu (pada 12 hingga 24 bulan)

Lebih 3% fraktur baharu dengan ‘vertebroplasty’ (dari 8% kurang ke 13% lebih banyak), atau lebih satu orang dari seorang daripada 100 orang.

• 10 daripada 100 orang mendapat fraktur baharu dengan ‘vertebroplasty’.

• 7 daripada 100 orang mendapat fraktur baharu dengan plasebo atau penjagaan biasa.

Peristiwa buruk serius yang lain:

Kurang 1% orang (dari 6% kurang ke 4% lebih banyak), mengalami peristiwa buruk serius yang lain dengan ‘vertebroplasty’; peubahan relatif 39% (dari 67% kurang ke 10% lebih banyak) .

• 4 daripada 100 orang melaporkan peristiwa buruk serius lain dengan ‘vertebroplasty’.

• 5 daripada 100 orang melaporkan peristiwa buruk serius lain dengan plasebo.

Kualiti bukti

Bukti berkualiti tinggi menunjukkan ‘vertebroplasty’ tidak memberi lebih banyak manfaat klinikal penting berbanding plasebo. Kami kurang pasti risiko fraktur vertebra baharu atau kesan sampingan serius lain; kualiti adalah sederhana kerana bilangan kecil peristiwa.

Peristiwa buruk serius yang mungkin berlaku termasuklah kompresi korda spina atau kompresi akar saraf akibat kebocoran simen dari tulang, kebocoran simen ke dalam aliran darah, fraktur tulang rusuk, jangkitan tulang, kebocoran lemak ke dalam aliran darah, kerosakan lapisan luar korda spina yang boleh mengakibatkan kebocoran cecair serebrospinal, komplikasi anestetik dan kematian.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zcho Huey Lee (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi zchohuey_c2017@ms.pmc.edu.my

Tools
Information