Intervensi untuk rawatan kanser kaviti oral dan orofarinks: radioterapi

Kanser kaviti oral (mulut) sering dikesan awal dan dirawat menggunakan surgeri dan radioterapi. Kanser orofarinks (tekak) boleh dikesan di peringkat lanjutan dan dirawat dengan radioterapi. Kedua-dua surgeri dan radioterapi mungkin dikaitkan dengan cacat rupa dan kekurangan upaya untuk makan, minum dan bercakap. Kemajuan terkini menunjukkan bahawa perubahan cara radioterapi yang diberikan kepada pesakit boleh menambahkan kemandirian keseluruhan yang dicapai. Kaedah baru pemberian radioterapi disebut fraksinasi terpecut atau hiperfraksinasi. Walau bagaimanapun, kaedah baru ini dikaitkan dengan peningkatan berlakunya kesan sampingan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Gan Siew Hua (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information