Ubat antipsikotik merupakan kaedah rawatan utama untuk mereka yang mengalami sakit mental. Walaubagaimanapun, ramai pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental tidak memberikan respon yang baik terhadap antipsikotik yang selalunya sangat berkesan merawat gejala-gejala positif (cth. mendengar suara atau melihat sesuatu), tetapi kurang berkesan untuk gejala-gejala negatif (cth. tiada emosi, tidak aktif). Tambahan pula, antipsikotik kadangkala boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk seperti gangguan pergerakan, pertambahan berat badan, mengantuk dan pening. Pesakit yang tidak menunjukkan respon yang baik terhadap ubat antipsikotik tradisional, pakar psikiatri berhadapan dengan pilihan sama ada menukar kepada ubat jenis lain yang mungkin memberikan kesan yang lebih baik; atau menambah ubat baru kepada ubat antipsikotik yang asal.
Benzodiazepine boleh digunakan sebagai monoterapi atau digabungkan dengan ubat antipsikotik tradisional yang lain. Ubat-ubatan ini menyebabkan mengantuk, menenangkan dan mengendurkan otot, kesan kesan ini membantu menenangkan kegelisahan orang yang mengidap keresahan, masalah tidur, sawan,sarak/gian alkohol dan masalah kesihatan mental akut.
Ulasan ini menemui 34 kajian yang melibatkan 2657 orang. Ia membandingkan kesan benzodiazepin apabila digunakan sebagai monoterapi atau digabungkan dengan ubat lain untuk rawatan skizofrenia. Maklumat daripada 34 kajian tersebut adalah secara umumnya kurang baik, tidak lengkap dan tidak memuaskan. Kesemua 34 kajian dilakukan dalam tempoh yang singkat dan bersaiz kecil. Ulasan ini mencadangkan bahawa terdapat kekurangan bukti untuk menyokong penggunaan benzodiazepin secara monoterapi atau sebagai kombinasi dengan ubatan lain. Walaubagaimanapun, benzodiazepine mempunyai sifat sedatif yang boleh menenangkan orang dan membantu mereka menjadi kurang gelisah untuk jangkamasa singkat. Lebih banyak penyelidikan, terutamanya melibatkan benzodiazepine sebagai rawatan tambahan kepada ubat antipsikotik tradisional diperlukan.
Ringkasan bahasa biasa ini ditulis oleh Benjamin Gray, Pengguna Perkhidmatan dan Pakar Pengguna Perkhidmatan, Rethink Mental Illness, E-mel: ben.gray@rethink.org.
Diterjemahkan oleh Wan Rosalina Wan Rosli, Cyberjaya University College of Medical Sciences. Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi wanrosalinawanrosli@gmail.com