Terapi aliran tinggi nasal untuk sokongan pernafasan dalam kalangan bayi pramasa

Soalan ulasan

Dalam kalangan bayi pramasa, apakah manfaat dan mudarat terapi aliran tinggi nasal (aliran tinggi) apabila diguna untuk sokongan pernafasan sejurus selepas lahir, berbanding jenis sokongan pernafasan bukan invasif lain?

Apakah sokongan pernafasan dan bagaimana ia dirawat?

Bayi pramasa (lahir sebelum tarikh bersalin) sering memerlukan sokongan pernafasan sejurus selepas lahir. Sokongan pernafasan bukan invasif disediakan tanpa meletakkan tiub pernafasan dalam salur udara bayi. Terdapat beberapa jenis sokongan respiratori bukan invasif. Aliran tinggi adalah sejenis sokongan yang menghantar udara hangat dan oksigen melalui dua prong kecil yang diletak di dalam lubang hidung bayi. Alternatif kepada aliran tinggi termasuklah tekanan saluran udara positif berterusan (CPAP), di mana tekanan berterusan (bukan aliran) oksigen diberi melalui prong yang lebih besar atau topeng, dan ventilasi tekanan positif nasal hidung berjeda (NIPPV) di mana, sebagai tambahan kepada CPAP, inflasi oksigen pada tekanan lebih tinggi akan diberi sekali sekala.

Apakah yang kami lakukan?

Kami mencari pangkalan data perubatan untuk kajian-kajian yang direka dengan baik yang menilai manfaat dan mudarat sokongan respiratori aliran tinggi dalam kalangan bayi pramasa berbanding bentuk sokongan respiratori bukan invasif lain.

Apakah yang kami temui?

Kami temui 13 kajian melibatkan 2540 bayi pramasa yang membandingkan aliran tinggi dengan cara bukan invasif lain untuk menyokong pernafasan bayi sejurus selepas lahir. Terdapat sembilan kajian yang menunggu klasifikasi dan 13 kajian yang sedang berlangsung. Kajian-kajian yang disertakan berbeza dalam rawatan yang dibandingkan, aliran oksigen yang digunakan, sama ada CPAP boleh diguna jika aliran tinggi tidak berkesan dan pendekatan penggunaan surfaktan (ubat yang diguna untuk membantu mencegah kerosakan saluran udara kecil) dalam kalangan bayi dengan kesukaran bernafas yang lebih teruk.

Apakah yang kami temui?

Apabila diguna sejurus selepas kelahiran bayi pramasa, aliran tinggi mungkin memberi sedikit hingga tiada perbezaan terhadap kematian atau displasia bronkopulmonari (penyakit paru-paru kronik dalam kalangan bayi pramasa) berbanding CPAP atau NIPPV. Aliran tinggi mungkin meningkatkan kegagalan rawatan berbanding CPAP. Sebagai contoh, bayi yang dirawat dengan aliran tinggi mungkin perlukan kepekatan oksigen yang lebih tinggi atau memberi keputusan ujian darah yang lebih teruk. CPAP berfungsi lebih baik berbanding aliran tinggi di dalam lebih 10 daripada setiap 100 bayi. Walau bagaimanapun, aliran tinggi mungkin menyebabkan sedikit atau tiada perbezaan dalam kecenderungan keperluan intubasi (peletakan tiub pernafasan). Aliran tinggi mungkin menyebabkan kurang kerosakan pada hidung bayi, berbanding dengan CPAP atau NIPPV dan mungkin mengurangkan risiko pneumotoraks (udara di ruang antara paru-paru dan dinding dada). Terdapat sangat sedikit bayi pramasa (lahir sebelum 28 minggu gestasi) yang di sertakan dalam kajian-kajian tersebut. Oleh itu, kami masih tidak pasti tentang manfaat dan mudarat aliran tinggi sejurus selepas kelahiran bayi yang sangat pramasa.

Apakah batasan bukti?

Secara keseluruhan, keyakinan kami sangat rendah hingga sederhana terhadap penemuan-penemuan ini. Keyakinan kami terhad kerana klinisian dalam kajian-kajian tersebut mengetahui rawatan yang diterima oleh bayi; perbezaan keputusan luas satu jenis sokongan pernafasan manakala kajian lain menunjukkan manfaat dengan jenis pembanding sokongan pernafasan; dan bilangan peristiwa agak rendah untuk beberapa hasil yang menyukarkan perandingan antara kumpulan.

Sejauh manakah bukti ini terkini?

Carian adalah terkini sehingga 12 Mac 2022.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information