Peptida analog mirip glukagon untuk diabetes mellitus jenis 2

Peptida analog atau agonis mirip glukagon adalah sejenis ubat baru dalam rawatan diabetes jenis 2 yang diberi melalui suntikan di bawah kulit. Mereka mengawal tahap glukosa dengan merangsang rembesan dan biosintesis insulin yang bergantung kepada glukosa, dengan menindas rembesan glukagon, melambatkan pengosongan gastrik dan mengalakkan kenyang. Pelbagai peptida-1 agonis mirip glukagon yang sedang diguna atau dalam proses pelesenan, termasuk exenatide, liraglutide, albiglutide, taspoglutide, lixisenatide dan LY2189265.

17 kajian terkawal rawak yang kebanyakan rawak berkualiti dari sederhana ke tinggi terdiri daripada 6899 orang dengan diabetes mellitus jenis 2. Kajian-kajian kebanyakan tempoh pendek, biasanya 26 minggu. Tempoh kajian yang paling panjang adalah 30 minggu. Daripada 17 kajian, satu membanding albiglutide dengan plasebo, dua membanding 10 µg exenatide dua kali sehari dengan 2 mg exenatide satu kali seminggu, satu membanding exenatide 2 mg sekali seminggu dengan glarus glukosa insulin,satu membanding 2 mg exenatide satu kali seminggu dengan pioglitazone dan sitagliptin, lima membanding liraglutide dengan plasebo, dua membanding liraglutide dengan sulphonylurea, satu membanding exenatide dua kali seminggu dengan liraglutide, liraglutide dengan rosiglitazone dan liraglutide dengan insulin glargine, two membanding taspoglutide dengan plasebo dan satu membanding lixisenatide dengan plasebo dan LY2189265 dengan plasebo. Dalam orang yang telah dirawat dengan ubat-ubatan oral anti-diabetik, penambahan peptida analog mirip glukagon menambahbaikkan kawalan glukosa darah berbanding dengan plasebo, rosiglitazone, pioglitazone atau sitagliptin, tetapi tidak selalu berbanding dengan insulin (untuk exenatide) atau glimerpiride (satu jenis sulphonylurea). Peptida analog mirip glukagon mengakibatkan lebih banyak kehilangan berat badan berbanding dengan rawatan lain. Akan tetapi, lebih banyak keloyaan dan kesan gastousus lain seperti cirit-birit atau kemuntahan diperhatikan, sungguhpun kesan ini tidak perpanjangan dan tidak terlibat semua peserta. Terdapat sedikit lebih hipoglisemia dengan analog mirip glukagon berbanding dengan plasebo,tetapi umumnya kurang berbanding dengan rawatan anti-diabetik lain. Insiden hipoglisemia berlaku lebih banyak dalam peserta yang mengambil bersama dengan sulphonylurea. Kajian tidak cukup panjang untuk menilai kesan-kesan sampingan jangka panjang. Tiada kajian yang menyiasat kematian atau morbiditi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information